“Macam sebaya je” – Netizen

Setelah genap setahun mendirikan rumah tangga, kehidupan di alam rumah tangga buat pasangan bahagia Harris Alif dan isterinya Intan Ladyana kini di serikan lagi dengan kehadiran cahaya mata pertama mereka yang di lahirkan pada 31 Januari yang lalu. Menerusi perkongsian sebelum ini, Harris sempat mengambil dan memuat naik sebuah foto bersama isterinya sebelum bersalin.

Pasangan berkenaan mengumumkan kelahiran anak pertama mereka itu menerusi Instagram masing- masing. Kongsi pasangan itu lagi, anak sulung mereka itu merupakan seorang bayi perempuan.

Harris juga mengucapkan terima kasih di atas doa dan ucapan tahniah daripada rakan- rakan selebriti serta para peminat di atas kelahiran cahaya mata sulung beliau itu. Mendedahkan nama anak sulung perempuan mereka itu tulis Harris lagi di ruangan caption, anak sulungnya itu di beri nama Evie Khadeeja.

Ramai rakan artis dan juga netizen yang memuji wajah anak perempuan pasangan ini yang kelihatan sangat comel. Malahan rata- rata antara mereka juga berkata bahawa wajah anak sulung pasangan ini sangat mirip dengan wajah Harris. Al- maklum, anak perempuan bapa la katakan.

Terbaru, Harris berkongsi aktiviti beliau bersama isteri dan anaknya keluar makan sempena menyambut hari ulang tahun kelahiran beliau. Bagaimanapun gambar berkenaan mencuri perhatian para peminat apabila melihatkan wajah terbaru isterinya yang juga pelakon Intan Ladyana.

Kejelitaan Intan yang seakan tidak di mamah usia menjadikan para peminat merasa kagum. Meskipun jarak usia antara mereka berdua adalah 17 tahun, namun ketika mereka berdua merakamkan gambar bersama, pasangan berkenaan kelihatan seakan sebaya.

Pasangan Intan Ladyana dan Harris Aliff sebelum ini mencuri perhatian netizen kerana kisah percintaan antara mereka berdua yang hangat diperkatakan ekoran perbezaan usia yang begitu ketara iaitu 17 tahun.

Walaubagaimanapun pasangan tersebut akhirnya menamatkan hubungan percintaan mereka apabila sah bergelar pasangan suami isteri pada 5 Februari 2021 setelah setahun mengenal hati budi secara serius.

Menjengah keruangan komen, rata- rata netizen juga memuji kejelitaan pelakon filem Bini Biniku Ggster tersebut. Apatah lagi ketika Intan mendukung anak mereka iaitu Evie Khadeeja.

Ruangan komen juga di banjiri ucapan selamat hari ulang tahun kelahiran buat Harris dan doa – doa yang murni daripada para peminat pasangan itu. Peminat juga mendoakan kebahagian pasangan tersebut berkekalan. Berikut di kongsikan komen- komen netizen buat mereka.

Cantiknya Intan Ladyana ni. Dah macam Che Ta, langsung tak nampak berusia. Bila bergambar dengan Harris pun nampak sebaya. Semoga anak pasangan ini juga membesar menjadi anak yang solehah dan berbakti buat kedua orang tuanya. Cantik sangat raut wajah Evie Khadeeja ni seperti mana kedua ibu bapanya yang jelita dan segak.

Sumber : Instagram harris alif

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!