“Ingatkan Aliff Syukri tadi” – Netizen

Digelar presiden Tiktok, itulah gelaran yang diberi netizen buat selebriti dan usahawan popular Aeril Zafrel. Video Tiktok Aeril dan pasangannya Wawa Zainal sering mencuri tumpuan. Bukan sahaja mereka berdua, anak-anak pun tidak terkecuali join trending di aplikasi popular Tiktok untuk sekadar hiburan sahaja.

Melihat video-video milik Aeril dan Wawa, kebanyakkannya cukup melucukan netizen dengan gelagat suami isteri ini. Lebih-lebih lagi Aeril yang pandai berjenaka rupanya.

Tidak dinafikan, video mereka sentiasa mencecah jutaan penonton di Instagram mahupun di Tiktok. Popular sungguh mereka sekeluarga ini, anak-anak pun dah popular seiring ibu bapanya tau.

Baru-baru ini, Aeril dan Wawa sekali lagi berkongsi video di Instagram mereka masing-masing.

Wawa berkongsi video dirinya bersama suami yang sedang bercuti di Bangkok sekali dengan team master stokis produk perniagaan mereka. Wah untungnya Wawa Zainal belanja pergi bercuti hehe..

Video yang dimuatnaik Wawa itu mencuri tumpuan netizen apabila mereka melihat Aeril Zafrel seakan-akan mirip dengan Aliff Syukri yang juga usahawan popular di Malaysia.

Sekali imbas, memang sama gayanya dengan Aliff Syukri. Mungkin lepas ni ada gelaran Aliff Syukri 2.0? Gaya pun dah memang macam kembar bak kata netizen.

Sementara itu, video dikongsi Wawa telah ditonton sehingga 572,000 tontonan setakat ini.

Rata-rata netizen memberi komen, Aeril sama gaya dengan Aliff Syukri jika dilihat sekali imbas dalam video berkenaan.

Segak betul Aeril macam Alif Syukri hehe.. Lepas ni boleh lah kalau nak request diorang berdua buat video sama-sama. Mesti macam adik beradik nanti…

Sumber: Instagram wawazainal

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!