“Saya kenal kamu tapi kamu tidak kenal saya” – Tokti

Datuk Seri Siti Nurhaliza lebih mesra di panggil Tokti dalam kalangan peminat. Selain daripada aktif sebagai penyanyi, Tokti juga kini aktif sebagai seorang usahawan. Tokti mempunyai pelbagai rangkaian produk kecantikan di bawah jenama Simplysiti. Di samping produk kecantikan, Tokti juga mempunyai label pakaian dan juga tudung. Sikap peribadi penyanyi berkenaan yang sangat merendah diri serta mudah di dekati sentiasa menambat hati para peminat beliau.

Tokti telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Mohd Jiwa sekitar tahun 2006. Perkahwinan pasangan tersebut sehingga kini telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah yang kini berusia 3 tahun dan Muhammad Afwa yang kini berusia hampir 7 bulan.

Walaupun memperoleh Aafiyah di usia agak lambat namun Tokti berazam untuk menjadi seorang ibu yang mampu memberikan ilmu dan didikan agama yang secukupnya buat Aafiyah. Beliau juga berhasrat untuk memantapkan ilmu keibubapaan bagi memberikan yang terbaik buat Aafiyah.

Ramai juga yang berkata bahawa semakin membesar, wajah Aafiyah sudah hampir seiras dengan wajah ibunya ketika zaman muda. Malahan hal tersebut juga turut di akui sendiri oleh Tokti apabila pernah berkongsi satu video beliau secara berseloroh memanggil anaknya itu “Hai Siti Nurhaliza kecik” sekaligus mengakui bahawa wajah anaknya itu seiras benar dengan wajah dirinya sendiri.

Sebagai seorang selebriti, Tokti juga mempunyai akaun media sosial beliau sendiri untuk berkomunikasi dengan para peminat. Mahan Tokti sangat aktif di media sosial berkongsi segala aktiviti seni, perniagaan dan juga aktiviti seharian beliau bersama keluarga serta anak- anak. Sehingga kini Instagram peribadi beliau itu telahpun mencecah sebanyak 8.4 juta orang para pengikut.

Turut membantu dalam memberikan bantuan kepada golongan yang terjejas banjir, menerusi satu perkongsian terkini di Instagram penyanyi kesayangan ramai itu, beliau telah memuatnaik satu video yang memaparkan dirinya menegur seorang individu di kawasan yang di lawatinya sewaktu menjalankan misi memberikan bantuan kepada golongan terjejas banjir.

Menariknya, Tokti secara spontan mencuit bahu wanita berbangsa cina itu dan dengan berseloroh berkata di dalam video “Saya kenal kamu tapi kamu tidak kenal saya” sambil tertawa.

Menurut Tokti, beliau mengenali individu berkenaan sebagai salah seorang tenaga pengajar di sekolahnya dahulu. Tutur Tokti lagi, individu di dalam video itu pernah menjadi guru gimnas beliau ketika zaman persekolahan beliau dahulu.

Meskipun zaman persekolahan pelantun lagu Cindai itu sudah agak lama berlalu, namun daya ingatan beliau terhadap gurunya itu amat mengagumkan. Malahan penyanyi tersebut secara rendah diri dan tidak segan silu memulakan langkah untuk menegur dan memperkenalkan dirinya untuk menegur individu yang pernah mengajarnya dulu.

Menjengah keruangan komen, tindakan spontan Tokti mencuit gurunya dan menegur secara ramah menarik perhatian warganet. Bukan sahaja keperibadian penyanyi nombor satu itu menjadi pujian sejak lama dahulu, malahan sikap sentiasa merendah diri beliau dan sentiasa hormat menghormati terhadap orang lain sehingga kini menjadikan dirinya amat disayangi oleh para peminat. Berikut dikongsikan komen- komen peminat.

Walaupun mempunyai pangkat dan juga png4ruh yang besar namun keperibadian diri beliau tidak pernah mendongak ke langit dan masih mengamalkan kehidupan seperti sebelum ini. Tidak hairanlah mengapa Tokti masih lagi diminati sehingga kehari ini.

Sikap merendah diri yang dimiliki penyanyi dan usahawan tersebut sangat luar biasa dan sikap berkenaan lah yang telah di amalkan oleh dirinya sekian lama sejak beliau mula- mula bergelar penyanyi dahulu.

Sumber: ig ctdk

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!