“Mata Sumayyah ni cantik sgt, mata mcm sedih tp tak sedih”- Netizen

Ke mana tumpahnya kuah, kalau tak kena nasi. Begitulah perumpamaan yang dapat diibaratkan kepada keluarga anak-beranak Puteri Sarah Liyana yang sangat manis dan elok mata memandang.  Puteri  Sarah yang memiliki dua orang cahaya mata yang bernama Syaikhul dan Sumayyah. Kalau anda peminat setia Puteri  Sarah pasti sudah kenal muka anak-anak nya itu.

Puteri Sarah yang baru-baru memuat naik foto anak perempuannya, Sumayyah telah mendapat pelbagai reaksi dari para netizen. Mana taknya, sekali tengok macam mix, cantik sangat Sumayyah. Kecil-kecil dah nampak kecantikannya, kecantikan yang diwarisi dari parent nya.

Puteri Sarah sebelum ini juga sering memuat naik foto dan video Sumayyah dan Syaikhul dah sudah banyak kali diberitahu hal yang sama oleh para netizen. Comel je tengok anak beranak ni melakukan aktiviti bersama ke sana ke sini.

Malah, abangnya Syaikhul juga handsome tau, senyuman nya begitu manis sekali. Mereka mempunyai akaun Instagram perkongsian di atas nama syaikhulsumayyahofficial dan mempunyai sebanyak 132 ribu pengikut. Bolehlah search instagram tersebut bagi melihat update anak-anak Puteri Sarah yang comel-comel ni.

Semua gambar yang diupload ke dalam laman instagram tersebut akan membuatkan para netizen tersenyum melihat kemesraan abang dan adiknya.

Sayang sangat abang dekat adik, selalu pel0k adiknya. Itulah antara bukti kasih sayang ikatan pertalian adik-beradik bagai air dicincang tak akan putus.

Kedua-dua anak kepada Puteri   Sarah yang baru-baru ini dijangk1ti v1rus acute tonslitis kini sudahpun sembuh seperti sedia kala. Syukur. Syaikhul sampai masuk ward dan demam panas akibat peny4k1t tersebut. Tapi, atas kesabaran dan ketabahan ibu dan anak, peny4k1t tersebut semakin sembuh.

Sumayyah yang hanya posing bersahaja ketika itu tetap kelihatan cantik. Tak senyum pun cantik. Matanya yang comel dan besar mendapat banyak pujian dari netizen. Ada yang describe matanya seperti sedih tapi tak sedih. Aik? Macam mana tu ?

Antara komen netizen ialah “Comel sebijik macam Puterisarahliyana sebijik mummy”, “Halahh halahhh diva”, “Mak bapak cantik.. anak pun mesti cantik kan” dan sebagainya. Mungkin Sumayyah lebih iras ibunya manakala Syaikhul pula lebih mengikuti iras bapa nya. Setuju tak ?

Justeru, tak kisahlah Sumayyah tu macam mix mat saleh ke, cina ke, anak kecil itu tidak dapat dinafikan kecantikannya walaupun masih di usia muda. Lebih-lebih lagi kecantikan itu adalah subjektif dan kurniaan Sang Pencipta.

Sumber : Ig Puterisarahliyana

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!