“Mujur tak tercabut pinggaang mummy didi”- Netizen

Usia bukanlah penghalang bagi seseorang untuk bekerja. Lebih aktif bekerja, orang kata tubuh kita semakin sihat dan cergas. Begitulah yang kita lihat sendiri pelakon Didi Alias yang kini masih aktif berlakon walaupun usianya sudah mencecah 50 tahun. Ada saja watak yang dipegang oleh Didi Alias menerusi drama-drama tempatan memandangkan beliau sudah lama berkecimpung dalam industri lakonan.

Lebih mengejutkan apabila Didi Alias juga pandai mengikut trend lebih lebih lagi di aplikasi Tiktok. Ada saja tarian yang dijoget didi bersama rakan-rakan artis yang lain. Memang up to date lah mummy didi ni

Banyak video Didi joget sakan yang dikongsi di instagram miliknya. Selepas selesai penggambaran drama, pasti Didi berkongsi video Tiktok bagi menghiburkan pengikut-pengikutnya di laman sosial media.

Baru-baru ini, Didi memuatnaik video berjoget bersama barisan pelakon drama Fantasia Inn antaranya Azad Jasmine, Azhan Rani dan ramai lagi.

Didi cukup bertenaga menerusi video yang dimuatnaik itu. Memang sporting habis Didi dengan pelakon-pelakon Fantasia Inn.

Jika lihat pada laman Instagram didi, beliau sangta aktif berkongsi video bersama rakan-rakan artis yang lain. Dan beliau juga masih menerima tawaran berlakon kerana lakonannya yang begitu mantap.

Sementara itu, video Didi yang dikongsi itu telah berjaya menghiburkan pengikut-pengikutnya di Instagram. Rata-ratanya kelihatan terhibur melihat gelagat lucu Didi itu.

Bertenaga sungguh mummy didi joget walaupun dah nak masuk 50-an. Apa rahsia dia agaknya ye…

Sumber: Instagram Didialias

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!