“Congrats tak sia2 rambut sikat tepii bang”- Netizen

Hael Husaini sekali lagi mencipta nama apabila mendapat penghargaan didalam ABLE 2021. Memuat naik kapsyen ‘Tahniah kepada semua penerima anugerah’. ABLE atau Asia Bussiness & Leadership Excellent Awards. Jadi, satu pencapaian yang besar. Pencapaian ini menunjukkan hasil susah payah dikecapi. Anugerah ini untuk usahawan-usahawan yang mencapai jualan sesuatu produk yang tinggi permintaannya.

ABLE 2021 ini berusaha untuk penglibatan diri dengan peneraju perniagaan, inovasi dan teknologi terkemuka di Asia melalui pengiktirafan. Program ini juga melibatkan diri dengan organisasi di seluruh Asia untuk menanda aras spektrum penuh produk, perkhidmatan dan inisiatif mereka dan untuk menyemak prestasi perniagaan mereka. Ia bukan biasa yg dimenangi dengan undian, tetapi hasil pengeluaran sesuatu produk dan jual beli yang sentiasa stabil.

Hal Husaini Razmi atau lebih dikenali sebagai Hael Husaini merupakan seorang penyanyi, komposer dan penulis lagu Malaysia. Kerjaya beliau di dalam bidang muzik bermula dengan sesi uji bakat untuk rancangan realiti One In A Million pada tahun 2006. Satu rancangan realiti tv yang mencari bakat nyanyian yang pernah beliau sertai.

Hael popular dengan lagu Jampi, pernah digosipkan dengan Dayang Nurfaizah. Mengakui memang meminati Dayang, serta vokalnya yang mantap. Pernah memenangi anugerah Vokal Terbaik 3 tahun berturut-turut. Dan pernah memenangi Vokal Terbaik duo bersamanya. Masih rapat, seolah dapat dihidu hubungan mereka tetapi mereka masih mendiamkan diri dan tidak mengumumkan apa-apa lagi.

Hael, 34, masih bujang sehingga kini dan beliau mempunyai anak angkat yang dijaga ketika anak tersebut masih bayi. Pada 2017, beliau telah mengambil seorang anak angkat perempuan yang diberi nama Nur Helena. Pada tahun ini pula, 2021, beliau telah memperkenalkan pula bayi lelaki kembar yang kini diambil sebagai anak angkat baru yang bernama Haelmy dan Haelman.

https://www.instagram.com/p/CX1FNPfvuBy/?utm_medium=copy_link

Pelbagai anugerah telah dimenangi Hael, dan ini penganugerahan yang lebih besar mel1batkan seluruh Asia. Pencapaian ini membuat semua peminat dan ahli peminat membuat siaran semula berulang kali. ‘Repost’ kata mereka. Lebih tertarik apabila Dato Siti Nurhaliza juga terlibat di dalam anugerah tersebut. Kelihatan gambar Hael dan Dato di gambar terakhir.

Ucapan tahniah tidak putus-putus dari peminat dan pengikut beliau. Juga dari rakan-rakan artis. Beliau yang sebelum ini penyanyi, tetapi kini telah berjaya sebagai kompuser dan ahli perniagaan. Antara lagu yang beliau cipta ialah seperti Belenggu Rindu, Aku Bidadari Syurgamu dan 7 Nasihat. Lagu baru yang dicipta dan nyanyian beliau pula ialah Kelentang Kelentong, Kita Teguh Bersama dan Setia.

Hasil usaha beliau, sudah banyak pencapaian dan penghargaan yang telah beliau kecapi. Kini, semakin banyak lagu yang telah dicipta. Betul cakap pepatah, usaha tangga kejayaan. Nak seribu daya, taknak seribu dalih.

Semoga terus berjaya dan semoga Hael cepat-cepat naik pelamin. Ramai menantikan jawapan siapa yang bertahta di hati Hael.

Sumber: IG haelhusaini

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!