“Satu lagi impian yg saya dah terbayang adalah mengajar orang Al-quran”- Neelofa

Kehidupan usahawan dan pengacara terkenal Neelofa sering kali menjadi tumpuan orang ramai. Sehingga kini sejak beliau melahirkan anak lelakinya yang di beri nama Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu, ramai peminat yang sudah tidak sabar lagi untuk melihat wajah comel anaknya itu. Namun begitu atas faktor keselamatan, Neelofa mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan wajah anaknya itu.

Sejak dalam fasa mengandung, dan setelah melahirkan anak, ramai yang menantikan untuk melihat dan mendengar sendiri perkongsian selebriti dan usahawan terkenal Neelofa mengenai anak dan kehidupan rumahtangganya itu.

Namun begitu, selebriti dan usahawan tudung tersebut tidak mahu mendedahkan mengenai kehidupan rumahtangganya dan hanya berkongsi mengenai kelahiran anaknya pada Januari yang lalu.

Keputusan selebriti itu menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai. Meskipun para peminat beliau menghorm4ti keputusan beliau namun ada segelintirnya yang mempertikaikan tindakan berkenaan memandangkan Muhammad Bilal sudah menginjak usia hampir 5 bulan.

Sehingga kini, pasangan popular PU Riz dan Neelofa masih belum berkongsikan wajah anak mereka kepada umum sehingga membuatkan orang ramai ternanti- nantikan perkongsian gambar Muhammad Bilal di media sosial PU Riz dan Neelofa.

Baru- baru ini Neelofa telah di jemput sebagai tetamu undangan ke program Nona. Berkongsi mengenai perancangan beliau, kongsi Neelofa lagi, beliau mahu berhijrah ke negara Arab untuk mengikuti suaminya PU Riz menyambung pelajaran di sana.

Neelofa juga teruja untuk mendedahkan persekitaran di sana kepada anaknya Muhammad Bilal. Di samping itu juga Neelofa juga merancang mahu mendalami dan mempelajari Bahasa Arab.

Niat beliau tidak lain adalah untuk mengajar orang Al- Quran pula selepas ini. Menurut Neelofa, mengajar orang lain mengenai Al- Quran adalah sebagai saham akhirat untuk beliau selepas ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata- rata peminat mendoakan Neelofa di berikan kelancaran dan kemudahan dalam perancangan beliau untuk berhijrah ke negara Arab.

Manakala niat murni beliau untuk mempelajari Bahasa Arab untuk mengejar orang lain Al- Quran pula bakal di permudahkan. Ramai peminat yang merasa cukup kagum dengan impian murni usahawan terkenal tersebut.

Peminat juga menyokong usaha selebriti itu untuk menuntut ilmu dan menimba pengalaman di negara Arab. Berikut dikongsikan komen- komen peminat kepada Neelofa.

Semoga usaha Neelofa untuk menuntut ilmu di permudahkan. Setiap orang mempunyai dan impian dan cita- cita mereka. Mudah- mudahan usaha Neelofa untuk mengajar orang lain mengenai Al- Quran juga akan tercapai suatu hari nanti.

Sumber: ig lofa.redland

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!