“Dah nama pun sweet table, hasilnya jil4t meja la”- Netizen

Bekas peserta program hiburan Gegar Vaganza musim ke lapan iaitu Datuk Fazley Yaakob merupakan seorang penyanyi dan juga Chef terkenal. Namun begitu, selain daripada menyanyi dan menguruskan restoran beliau Suka Sucre, beliau juga turut bergelar pakar motivasi. Nama beliau meningkat naik menerusi lagu Asmara Ini yang di cipta oleh composer Ajai.

Datuk Fazley juga pernah berlakon dalam beberapa drama sebelum ini. Malahan Dato Fazley pernah menjuarai pertandingan Master Chef Selebriti Malaysia pada tahun 2012.

Dato Fazley kemudiannya mengembangkan lagi bakat memasak apabila berusaha untuk mendapatkan pelajaran dalam jurusan kulinari dan telahpun lulus sebagai graduan dari Le Cordon Bleu (Malaysia dan Paris).

Kini beliau memiliki restoran bernama SukaSucre Bistro di Kuala Lumpur yang menyajikan makanan Asian-Fusion bertemakan “From Rembau to Paris”.

Dato Fazley atau nama sebenar beliau Dato Ahmad Fadzli bin Yaakob mendirikan rumahtangga bersama Azrene Soraya Abdul Aziz pada tahun 2006. Pasangan romantik ini kemudiannya dikurniakan 4 orang anak. 3 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Dato Fazley juga pernah berkongsi mengenai tujuan beliau menyertai program hiburan Gegar Vaganza musim kelapan kerana mahu memberikan pengalaman kepada anak bongsunya Ellie bahawa bapanya merupakan seorang penyanyi.

Walaubagaimanapun sejak daripada konsert minggu pertama Gegarvaganza musim ke lapan ini lagi telah menyaksikan Dato Fazley mendapat markah terendah berdasarkan persembahan lagu miliknya Asmara Ini.

Bagaimanapun, nasib penyanyi berkenaan amat bertuah apabila tiada penyingkiran di umumkan pada minggu pertama dan sekaligus melayakkan Datuk Fazley Yaakob bertanding di konsert kedua bersama 12 peserta yang lain.

Tetapi apa yang menjadi perbualan hangat netizen di media sosial adalah persembahan nyanyian oleh Dato Fazley yang dianggap tidak memuaskan. Kebanyakan netizen mengkritik dan merasakan bahawa vokal Dato Fazley agak sumbang selain mempunyai beberapa kesalahan lain dalam nyanyiannya.

Tidak terhenti di situ, ada segelintir daripada mereka mendakwa Datuk Fazley seakan menyanyi di pusat karaoke dan bukannya seperti sedang bertanding di pentas berprestij Gegar Vaganza. Malah ada yang beranggapan bahawa Datuk Fazley lebih sesuai menjadi chef daripada bergelar seorang penyanyi.

Dato Fazley memberitahu bahawa beliau sebenarnya bukanlah mahu menidakkan peluang dan rezeki dapat menyertai pertandingan dan pentas besar Gegarvaganza namun, jauh di sudut hatinya beliau menyedari tahap kemampuan dirinya dan akur dengan rezeki dapat beraksi sehingga minggu ke empat.

Tambah Dato Fazley lagi, pentas Gegar Vaganza tidak sesuai untuk dirinya. Bekas peserta Gegarvaganza musim ke lapan ini mengakui beliau hanyalah merupakan seorang penyanyi rakaman yang boleh diperbaiki nyanyiannya di dalam studio berkali-kali tanpa sebarang penjurian sehingga nyanyiannya kedengaran sempurna untuk dijadikan lagu di radio.

Bagaimanapun Dato Fazley turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua peminat yang telah banyak memberi sokongan padu kepadanya sewaktu di Gegarvaganza.

Dato Fazley juga mengakui beliau akhirnya telahpun berjaya memuaskan hati anak-anaknya untuk melihat dirinya kembali menyanyi di atas pentas.

Kini selepas tamat program Gegar Vaganza, Datuk Fazley kembali aktif memasak di restoran. Menerusi perkongsian terkini Datuk Fazley di Instagram, beliau berkongsi mengenai hidangan “Sweet Table”yang sering beliau sediakan di restorannya. Hidangan tersebut sebenarnya berasal daripada negara barat.

Tulis Datuk Fazley, setiap kali beliau memuatnaik video “Sweet Table” pasti akan ada yang pertikaikan tentang pembaaziran, tiru budaya barat, tidak sopan kerana membaling makanan dan k0tor.

Malahan kongsi Datuk Fazley,  ada yang siap bertanya “Kena jil4t meja ke” memandangkan makanan dan sos berkenaan di taburkan di atas meja.

Sedangkan hakikatnya buat para penonton yang hadir dan menyaksikan persembahan hiasan makanan di depan mata, mereka akan menikm4ti ‘persembahan menyediakan dan menghias ‘Sweet Table’ ini dari mulanya muzik, menyusun potongan kek, kuih,

pastries, melukis abstrak menggunakan krim dan sos, menabur serpihan macarons dan gula berwarna, hingga detik BEREBUT manisan yang dah target dari mula dan menjilat jari kesan menggunakan tangan mengambil dessert ini semua sampai HABIS LICIN.

Pelbagai manisan yang telah Datuk Fazley siapkan, dari macaron, eclairs, lemon meringue tart ke pisang goreng, kuih keria dan ice cream potong. Walaupun sering menerima kritikan namun, hidangan berkenaan masih tetap mendapat sambutan orang ramai.

Menjengah ke ruangan komen, para peminat menyokong perkongsian Datuk Fazley itu. Malahan ada yang tidak sabar lagi untuk mencuba hidangan “sweet table” yang di sediakan oleh Datuk Fazley. Berikut dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan oleh netizen.

“dah nama pun sweet table….alhasilnya…jiilat meja laaa…dah sweet segalanya atas meja…meja berlapik bukan lap meja terus buat persembahan semua tu…guna akal logik laaa….adoiiii…

inilah namanya seni….seni dlm pelbagai …ini seni persembahan nak bagi orang makan…kena lah ada tarikan menarik utk menarik orang supaya suka akan manisan ….isshhhh….sedap pulak segala kek2 tu…. craving sweet2….” – Netizen

“Org yg bukan berada bidang masak akan ade punya cakap mcm tu.. kita ni dekat dapur,cuba sedaya upaya jaga kebersihan.. cuba fikirkan kreativiti nak bg menarik, tapi dorg fikir hanya “bersih ke tu” hahahaha..

silap2, tangan kita lagi bersih dr dorg.. meja tu lagi bersih dr meja dorg.. sebab apa? Sebelum sentuh brg kitchen, kami cuci tgn, sebelum deco makanan kami cuci tgn, meja always bersih berlap. kemon lah org2 yg tak pernah g hitea” – Netizen

Inilah yang di namakan seni dalam masakan. Lepas ni untuk sesiapa yang nak buat majlis kawin boleh la tambah hidangan sweet table ni lebih menambah kemanisan pengantin.

Sumber:  ig fazley yacob

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!