“Kuat menyakat rupanya Remy ek, bertabah laa Ezza”- Netizen

Tanggal 21 Ogos yang lalu, pelakon Remy Ishak dan isterinya Ezza Yusuf telahpun di satukan di Msjid Negara dengan hanya sekali lafaz. Majlis serba sederhana itu hanya di hadiri oleh keluarga dan sahabat terdekat. Mereka berdua yang lengkap berpakaian pengantin serba putih kelihatan gembira setelah selesai acara akad nikah dan masing- masing mengemaskini media sosial untuk berkongsi berita gembira tersebut bersama peminat, sahabat dan keluarga.

Walaubagaimanapun, sejak pengumuman perkahwinan oleh Remy Ishak beberapa peminat wanita telah meluahkan rasa kecewa mereka menerusi media sosial kerana hero pujaan mereka itu telahpun berumahtangga.

Berita perkahwinan Remy telah mendapat perhatian pihak istana, malahan pasangan ini juga menerima hadiah perkahwinan daripada pihak Istana Negara. Kiriman hadiah perkahwinan tersebut adalah daripada Yang di-Pertuan Ag0ng dan Raja Permaisuri Ag0ng.

Video berdurasi beberapa minit menunjukkan pasangan tersebut sedang membuka hadiah berkenaan telah dikongsikan oleh pelakon Pujaan Hati Kanda itu di media sosial. Pasangan itu juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Ag0ng dan Raja Permaisuri Ag0ng di atas pemberian hadiah berkenaan.

Menerusi siaran langsung Instagram yang dikongsikan malam tadi, Ezza sedang mempromosikan kasut keluaran jenamanya. Bagaimanapun ketika sesi siaran langsung tersebut, Remy kemudiannya muncul dan atas permintaan isterinya Remy turut membantu Ezza mempromosikan kasut berkenaan.

Tidak melepaskan peluang berkenaan, Remy turut mengambil kesempatan untuk menyakat isterinya itu. Beliau bergurau dengan memakai kasut yang di promosikan Ezza malahan sempat memberikan komen tajam terhadap kasut jenama isterinya itu dengan nada berseloroh sehingga menyebabkan isterinya itu hampir merajuk.

Sisi nakal Remy Ishak itu dapat di saksikan oleh para peminat ketika muncul semasa siaran langsung di Instagram Ezza telah mencuit hati para peminat mereka.

Rata- rata netizen tidak putus memuji kecantikan wajah isteri kepada Remy Ishak itu. Mereka juga tidak menyangka sikap Remy yang kuat menyakat isterinya semasa sesi siaran langsung promosi kasut itu.

Netizen juga berasa teruja melihat pasangan suami isteri itu dan meminta pasangan itu untuk berkongsi lebih banyak lagi sesi video yang memaparkan gelagat mereka berdua. Berikut dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan oleh netizen.

“Ezza, suami awak si Remy sama mcm suami sy kuat menyakat happy sgt tgk korang tau…sy x larat gelak..ok nk tanya yg kasut kiki x nk buat yg bertumit ke…2 inci camtu ke..” – Netizen

““Ezza, suami awak si Remy sama mcm suami sy kuat menyakat happy sgt tgk korang tau..sy x larat gelak.” – Netizen

Kemanisan pasangan suami isteri ini dalam mengharungi kehidupan berumahtangga sangat di nantikan oleh para peminat mereka berdua terutamanya para peminat Remy Ishak sendiri.

Gembira melihat kemesraan pasangan ini di Instagram kerana mereka berdua amat jarang berkongsikan gambar berdua mahupun video mereka bersama.

Sesekali melihat siaran langsung yang menampilkan mereka berdua saling bergurau senda begitu mencuit hati para peminat.  Semoga pasangn ini bahagia dan rumahtangga mereka berdua berkekalan hingga akhir hayat.

Semoga Remy juga mampu menggalas tanggungjawab menjadi suami mithali yang sentiasa kita tengok dalam drama tu. InsyaAllah.

Sumber : Instagram ezza

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!