“Mudah mudahan selamat InsyaAllah kandungan anak soleh solehah” – Ustaz Ebit Lew

Pasangan Intan Ladyana dan Harris Aliff sebelum ini mencuri perhatian netizen kerana kisah percintaan antara mereka berdua yang hangat diperkatakan ekoran perbezaan usia yang begitu ketara iaitu 17 tahun. Walaubagaimanapun pasangan tersebut akhirnya menamatkan hubungan percintaan mereka apabila sah bergelar pasangan suami isteri sekitar bulan Februari yang lalu. Pejam celik sahaja kini usia pernikahan mereka berdua sudahpun hampir 7 bulan.

Buat semua pasangan yang sudah bernikah, pastinya inginkan anak dan zuriat mereka sendiri. Begitu juga dengan pasangan ini, tambahan pula para peminat juga sudah tidak sabar lagi untuk melihat wajah comel bayi kepada pasangan yang saling secocok ini.

Baru- baru ini desas desus mengenai kehamilan isteri kepada Harris Alif itu menjadi perbualan ramai setelah sebuah video yang memperlihatkan keadaan perut Intan yang sedikit “buncit” di dalam video berkenaan mengandaikan bahawa pelakon Adnan Sempit itu sebenarnya sedang berbadan dua. Intan kemudiannya di lihat telah menutup bahagian perutnya dengan bantal.

Walaubagaimanapun ketika persoalan mengenai kehamilan isterinya itu di ajukan kepada Harris, pengacara berkenaan tenang menjawab bahawa beliau akan kongsikan berita tersebut apabila tiba waktu yang sesuai.

Muatnaik terkini di Instagram Harris Aliff hari ini bagaimanapun seolah mengesahkan berita kehamilan isterinya itu apabila berkongsi satu video yang memaparkan beliau memohon Ustaz Ebit mendoakan isteri beliau.

Beliau baru-baru ini berkesempatan mengikut program keagamaan anjuran pendakwah popular tersebut dan mengambil kesempatan meminta Ustaz Ebit mendoakan kesejahteraan buat isterinya Intan.

Di dalam doa yang di bacakan oleh Ustaz Ebit itu, di samping menitipkan kata- kata agar kebahagiaan rumah tangga pasangan berkenaan berkekalan sehingga akhir hayat, menariknya Ustaz Ebit juga turut mendoakan agar kandungan Intan di lindungi oleh Allah dan pasangan itu juga bakal dikurniakan zuriat yang soleh serta solehah.

Doa yang di bacakan oleh Ustaz Ebitkan itu secara tak langsung telah menjawab teka-teki para netizen selama ini mengenai berita kehamilan isteri Harris itu atau nama sebenar beliau Intan Nurladyana Mohamat Yahaya.

https://www.instagram.com/p/CTegAf0prJb/?utm_medium=share_sheet

Menjengah keruangan komen, ternyata perkongsian video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dan juga rakan artis.

Walaupun Harris tidak mengesahkan sendiri berita tersebut namun tindakan Harris memuatnaik video doa yang dibacakan oleh Ustaz Ebit berkenaan seolah telah memberikan petanda besar mengenai kehamilan isterinya.

Rata-rata netizen mngalkan ucapan tahniah serta mendoakan agar urusan Intan dan Harris dipermudahkan Allah. Berikut dikongsikan komen- komen netizen terhadap video tersebut.

Sehingga kini perkongsian video tersebut telah meraih sehingga 91913 tontonan daripada para netizen. Terdahulu, Harris memilih untuk tidak mengiyakan atau menidakkan khabar angin tentang kehamilan Intan.

Untuk rekod, pasangan sama cantik sama padan ini iaitu Intan dan Harris telah mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021 setelah setahun mengenal hati budi secara serius.

Perkahwinan pasangan selebriti itu menjadi perbualan netizen disebabkan jurang usia mereka yang agak besar iaitu 17 tahun. Ibarat kata pepatah, kalau sudah jodoh tak kemana, kini pasangan itu sedang menantikan kelahiran cahaya mata sulung mereka.

Semoga Intan di berikan proses kehamilan yang lancar dan juga selamat melahirkan zuriat pertama mereka itu dengan mudah dan sihat.

Sumber : Instagram harris alif

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!