“Kesian baby Afwa kena ser4ng dua wanita cantik”- Netizen

Kelibat anak lelaki Dato Seri Siti Nurhaliza iaitu Muhammad Afwa di lihat agak jarang muncul di laman Instagram penyanyi bersuara lunak ini. Namun begitu adakalanya ketika Tokti membuat perkongsian terbaru mengenai anak lelakinya itu, reaksi para peminat teruja dan juga cair melihat gelagat bayi tersebut yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang pertama baru-baru ini.

Sebelum ini Tokti pernah berkongsi satu video yang memaparkan Afwa sedang ketawa apabila di agah malahan mempamerkan senyuman yang paling manis ternyata amat mencuit hati semua peminat Tokti.

Lebih menarik apabila si comel berkenaan mempamerkan senyuman manis bersama lesung pipit serta dagu terbelah persis ibunya. Kini sudah menjangkau usia setahun, Afwa bukan sahaja pandai tersenyum dan menunjukkan reaksi malahan Afwa sudah pandai berjalan.

Tokti yang telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Mohd Jiwa sekitar tahun 2006. Perkahwinan pasangan tersebut sehingga kini telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah yg kini berusia 4 tahun dan Muhammad Afwa yang kini berusia 1 tahun.

Sikap peribadi penyanyi berkenaan yang sangat merendah diri serta mudah di dekati sentiasa menambat hati para peminat beliau yang sejak dari dahulu sentiasa menjadi tonggak utama di sebalik kerjaya seninya.

Datuk Seri Siti Nurhaliza lebih mesra di panggil Tokti dalam kalangan peminat. Selain daripada aktif sebagai penyanyi, Tokti juga kini aktif sebagai seorang usahawan.

Tanggal 19 Mac 2018 telah menjadi hari yang paling gembira dalam kehidupan penyanyi nombor satu negara iaitu Dato Seri Siti Nurhaliza apabila doa beliau selama ini untuk mendapatkan zuriat telah di kabulkan oleh Allah swt.

Penantian beliau bernoktah apabila beliau di kurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Siti Aafiyah. Kini kelahiran Muhammad Afwa pula semakin menambah seri dalam kehidupan rumahtangga beliau dan suami.

Walaupun memperoleh Afwa dan Aafiyah di usia agak lambat namun Tokti berazam untuk menjadi seorang ibu yang mampu memberikan ilmu dan didikan agama yang secukupnya buat mereka berdua. Beliau juga berhasrat untuk memantapkan ilmu keibubapaan bagi memberikan yang terbaik buat Aafiyah dan Afwa.

Menerusi perkongsian terbaru Tokti di Instagram, Tokti mengucapkan selamat hari alam sekitar untuk semua para peminat beliau.

Kongsi Tokti lagi, beliau berasal daripada kampung dan sudah biasa bergelumang dengan alam. Hampir kesemua aktiviti anak kampung selain daripada bersawah semua beliau telah lakukan.

Tokti juga berkata beliau sangat menghargai alam sekitar dan beliau juga mahu anak- anaknya menjadi lasak seperti beliau. Di perkongsian itu juga Tokti memuatnaik beberapa keeping gambar beliau bersama anak- anak di Taman KLCC. Tokti berkata beliau mahu anaknya merasai dan menikm4ti alam sekitar.

Namun begitu perkongsian gambar berkenaan mencuit hati netizen memandangkan anak bongsunya Muhammad Afwa yang baru berusia setahun lebih kelihatan seperti pasrah setelah di go0mol oleh beliau dan anak sulungnya Siti Aafiyah.

Ada antara netizen berkata mereka teruja melihat Tokti bersantai bersama anak- anak di Taman KLCC. Melihat gambar berkenaan ,kecomelan Afwa juga menarik perhatian netizen.

Rata- ratanya berkata mereka merasa geram dengan wajah gebu Afwa namun terhibur dengan gelagat Tokti dan Aafiyah yang ‘membuuli’ Afwa dengan menciuum Afwa bersama.

Menjengah keruangan komen, rata- rata warganet berkata mereka terhibur dengan gelagat Tokti dan Aafiyah yang membuuli Afwa.

Warganet juga merasa reaksi wajah Afwa yang rimas dan tidak selesa itu sangat comel kerana tidak mampu berbuat apa- apa melainkan hanya redha di go0mol oleh ibu dan kakaknya. Berikut dikongsikan komen- komen warganet.

Siapa sangka, Tokti yang dahulunya di uji dengan dugaan lambat memperolehi zuriat kini sudah mempunyai dua orang anak.

Malahan anak sulungnya juga sudah menginjak usia empat tahun. Kini Afwa dan Aafiyah membesar menjadi anak yang sangat sopan dan mewarisi kelakuan dan keperibadian ibunya. Comel betul Muhammad Afwa ni.

Sumber: ig ctdk

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!