“Comel giler weh bawak kucing” – Netizen

Ben Ali dan Nadiyah Shahab merupakan pengasas bersama bagi jenama Absolut Chocolat. Selepas tiga tahun beroperasi secara atas talian, Absolut Chocolat kini mengorak langkah menerusi pembukaan cawangan stor fizikal pertamanya di pusat beli belah terkemuka, Mid Valley Megamall. Menurut Ben yang juga Pengarah Urusan Absolute Chocolat, dia memasang hajat untuk memasuki pasaran ‘offline’ dengan menyasarkan kesemua pasar raya terkemuka sekitar Lembah Klang.

Usaha pasangan pelakon ini untuk mengembangkan perniagaan di miliki mereka mula mendapat perhatian di peringkat yang lebih tinggi apabila nama pasangan suami isteri ini tercatat dalam buku Successful People Ini Malaysia terbitan Britishpedia.

Ben Ali atau nama sebenarnya Nur Ali Nadzwan tidak menyangka namanya dan isteri tersenarai bersama tokoh-tokoh Malaysia hebat yang lain seperti Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin, Tan Sri Dr Noor Hisham, Tan Sri Tony Fernandes (Air Asia), Tan Sri Azman Hashim (Ambank) dan Datuk Micheal Yeoh.

Pengiktirafan itu membuatkan pasangan pelakon berkenaan merasa sangat terharu kerana usaha mereka selama ini telah di iktiraf malahan berada sebuku bersama tokoh-tokoh hebat yang lain.

Ianya merupakan satu penghargaan terbesar buat mereka berdua yang baru setahun jagung dalam dunia keusahawanan. Akui Ben lagi, penghargaan yang di terima mereka itu telah menaikkan semangatnya serta isteri untuk terus jadi yang terbaik.

Selain mengangkat jenama Absolut Chocolat dan Absolut Brands Sdn Bhd, pasangan ini juga menubuhkan syarikat pengurusan artis iaitu Absolut Management yang menguruskan Artis seperti Nadiyah Shahab, Uyaina Arshad, Scha Elinnea, Ikmal Amry, Aisar Khaleed, Harris Annuar dan ramai lagi.

Menyelak tabir kehidupan pasangan suami isteri ini, mereka mendirikan rumahtangga pada 2018. Namun begitu rezeki masih belum menyebelahi pasangan ini apabila masih belum di kurniakan cahaya mata meskipun usia perkahwinan sudah menginjak tahun ke empat.

Terkini menerusi perkongsian terbaru Nadiyah di Instagram, beliau berkongsi satu video yang memaparkan percutian beliau bersama suaminya Ben Ali ke Cameron dan Genting Highland.

Namun begitu, video yang di kongsikan oleh Nadiyah itu mencuri perhatian netizen kerana pasangan itu membawa bersama dua ekor kucing peliharaan mereka semasa bercuti.

Buat para pencinta kucing, video yang di kongsikan berkenaan begitu menarik minat mereka untuk bertanyakan lebih lanjut mengenai peraturan yang perlu di patuhi sekiranya ingin membawa bersama haiwan peliharaan semasa bercuti.

Tidak lokek untuk berkongsi pengalaman, Nadiyah menjelaskan lebih lanjut mengenai pengalaman mereka membawa bersama kucing untuk bermalam di hotel serta semasa makan di restoran.

Menjengah keruangan komen, pelbagai persoalan yang di ajukan oleh netizen buat pasangan ini yang berkongsikan pengalaman mereka membawa haiwan peliharaan melancong bersama.

Ada setengah netizen yang berkata kurang yakin untuk membawa bersama haiwan peliharaan memandangkan haiwan tersebut pastinya mempunyai banyak ragam.

Namun tidak kurang juga yang berterima kasih buat pasangan ini kerana memberikan orang ramai info baru mengenai cara membawa bersama haiwan peliharaan semasa melancong. Berikut dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan oleh netizen.

“masing masing ada cara untuk bahagia masing masing. Just enjoy ok dgn husband u and anak anak u yg comel giil4.” – Netizen

Sementara Itu, di Instagram Ben Ali pula, beliau berkongsi dengan para pengikut bahawa Nadiyah sebenarnya seorang yang amat takutkan kucing namun sanggup mengatasi ketakutan berkenaan demi memenuhi permintaan suaminya yang mahu membela kucing sebagai haiwan peliharaan.

Kini Nadiyah juga sangat sukakan kucing dan pasangan itu juga mengambil dua ekor kucing sebagai haiwan peliharaan di rumah.

Ben yang juga memuji isterinya itu merasa terharu dengan sikap Nadiyah yang kini cukup prihatin dengan nasib kucing jalanan dan sentiasa membawa bersama makanan kucing untuk di berikan kepada kucing jalanan.

Sumber:  ig nadiyah shahab

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!