“Semua cantik2 sejuk mata memandang”- Netizen

Datin Noor Kartini merupakan ibu kepada usahawan terkenal Neelofa.  Figura wanita yang telahpun mencecah usia 56 tahun ini ternyata kelihatan lebih muda daripada usia sebenar beliau. Bagai tidak percaya bahawa wanita sembilan anak ini sudahpun menjangkau usia 50an. Beliau yang meminati bidang kecantikan juga sering menitik beratkan penampilan diri agar sentiasa tampil menawan.

Nama Datin Noor Kartini sebelum ini pernah tular ekoran kontroversi pendaftaran produk keluaran syarikat beliau iaitu Daging Harimaau Menangis.

Walaupun ibu kepada selebriti Noor Neelofa ini menerima beberapa kritikan tajam namun semua itu tidak pernah mematahkan semangat beliau untuk terus maju dan berusaha lebih kuat lagi dalam perniagaan beliau. Beliau menganggap ujian seperti itu sudah menjadi asam garam buat sesiapa yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Selain daripada produk Daging Harimau Menangis, Datin Noor Kartini juga mengeluarkan produk barangan kecantikan menerusi jenama Young and Glow.

Mengambil anak sendiri iaitu Ameera Khan sebagai model jenama Young and Glow, Datin Noor Kartini cukup bertuah kerana dikurniakan anak-anak yang sangat cantik dan bijak.

Menurut wanita kelahiran Pasir Mas Kelantan ini lagi beliau tidak mengamalkan sebarang petua dan hanya mengamalkan tips ringkas dimana beliau sentiasa mewajibkan dirinya minum secawan air putih sejurus sahaja beliau bangun daripada tidur.

Malahan Datin Noor Kartini juga berkata beliau tidak suka menyimpan sebarang perkara negative di dalam hati agar kekal positif. Datin Noor Kartini menambah cerita-cerita negative dan tidak penting adalah perkara yang tidak penting dan tidak perlu untuk beliau fikirkan.

Datin Noor Kartini juga sangat aktif di media sosial dan sebelum ini beliau juga sering memuatnaik aktiviti bersama suaminya seperti meluangkan masa untuk keluar makan bersama.

Di kala beberapa pasangan muda masa kini menghadapi pelbagai masalah rumahtangga namun rezeki buat Datin Noor Kartini kerana rumahtangga yang dibina oleh beliau bersama Dato Abdul Halim Khan masih kekal utuh sehingga hari ini.

Kehidupan berumahtangga pasti akan ada pasang surutnya. Seperti kata pepatah sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula pasangan suami dan isteri.

Datin Noor Kartini juga pernah melalui kegagalan rumahtangga setelah berc3rai dengan bapa Neelofa iaitu Mohd Noor. Sudah pasti pengalaman lalu telah memberi beliau banyak pengajaran dalam kehidupan.

Menerusi muatnaik terkini di Instagram beliau, Datin Noor Kartini telah berkongsi satu video yang memaparkan beliau menganjurkan majlis sambutan hari raya syarikat beliau. Lebih membahagiakan beliau adalah apabila majlis berkenaan turut di hadiri oleh anak- anak kesayangan.

Anak- anak Datin Noor Kartini sangat di kenali orang ramai terutamanya usahawan tersohor Neelofa. Selain daripada Neelofa dan suaminya PU RiZ, majlis berkenaan turut di hadiri oleh Nabila, Ameera, Atisha dan juga anak- anak beliau yang lain.

Rata- rata para tetamu tidak melepaskan peluang untuk merakamkan gambar kenangan bersama Neelofa dan juga tetamu yang lain seperti Dato Vida.

Menjengah keruangan komen, netizen cukup kagum dengan keluarga berkenaan kerana rata- ratanya merupakan usahawan yang berjaya. Malahan pada usia Datin Noor Kartini ini beliau juga masih lagi aktif berniaga kerana minat yang mendalam terhadap bidang perniagaan.

Kehadiran anak dan menantu beliau ke majlis berkenaan ternyata menambah kemeriahan kepada para tetamu yang berkesempatan untuk berjumpa anak- anaknya yang merupakan selebriti terkenal di Malaysia.

Netizen juga turut memuji kejelitaan anak- anak Datin Kartini. Kemana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Pastinya kejelitaan itu di warisi daripada Datin Noor Kartini sendiri. Berikut dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan oleh netizen.

Ramai yang kagum dengan hubungan kekeluargaan yang ditunjukkan oleh keluarga Datin Noor Kartini ini. Di sebalik setiap ujian yang melanda hubungan mereka sekeluarga, bagaikan pepatah air di cincang tak akan putus, begitulah ikatan hubungan kekeluargaan yang di miliki oleh mereka semua. Semoga keharmonian keluarga besar ini berkekalan dan bahagia selalu hendaknya.

Sumber:  ig noorkartini

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!