“Sambil2 org kata” Pegawai yg bertugas di stesen cable car tu yg offer

Masih lagi hangat diperkatakan adalah isu mengenai selebriti Neelofa dan suaminya Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz yang dikatakan merentas negeri untuk berbulan madu. Ekoran itu ramai pihak telah tampil untuk memberikan pandangan mereka masing-masing mengenai perkara tersebut. Ada antaranya yang tidak bersetuju dengan tindakan selebriti tersebut kerana telah menyusahkan orang ramai apabila pihak berkuasa telah mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa yang memohon untuk merentas negeri selepas ini.

Walaupun pihak Chattime sendiri telah mengesahkan bahawa Neelofa dan PU Riz ke sana atas urusan perniagaan namun netizen masih kurang berpuas hati apabila melihat selebriti tersebut memuatnaik beberapa perkongsian di Instagram story yang menunjukkan beliau dan suami melakukan aktiviti riadah dan bukannya urusan perniagaan seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

Neelofa sebelum ini juga menjelaskan keadaan sebenar dimana keberangkatan beliau ke Langkawi adalah kerana beliau mempunyai urusan kerja bersama syarikat minuman Chattime. Neelofa menegaskan bahawa beliau telah bercadang untuk membuka sebuah cawangan Chattime di Langkawi dan beliau kesana kerana ingin membuat lawatan ke atas cawangan baru tersebut.

Baru-baru ini setelah Neelofa dan suami pulang ke Kuala Lumpur, pasangan tersebut telah diminta mengulas berkenaan isu terbabit namun Neelofa menolak untuk memberikan komen. Neelofa juga meminta diberikan ruang untuk beliau menyelesaikan isu tersebut bersama pihak berkuasa secara professional.

Mengenali Neelofa, beliau seorang yang tidak mudah melatah dan mengambil pusing terhadap sebarang tuduhan netizen. Malahan selebriti berkenaan ternyata sudah lali dengan beberapa kontroversi yang melibatkan dirinya dan hanya meminta supaya semua pihak agar bertenang dengan isu yang kian hangat diperkatakan.

Terkini, sebuah video telah dikongsikan di Instagram dipercayai milik peminat Neelofa. Menerusi video yang berdurasi 20 saat itu telah memaparkan keadaan sebenar dimana Neelofa dan suaminya ketika berada di Langkawi sebenarnya telah dipelawa oleh kakitangan yang bekerja di kereta kabel di Langkawi untuk menaiki kereta kabel.

Berkemungkinan besar tindakan Neelofa dan suami menaiki kereta kabel di Langkawi adalah demi memenuhi pelawaan kakitangan terbabit dan bukanlah merancang untuk menaiki kereta kabel tersebut daripada awal.

Menjengah keruangan komen, para peminat Neelofa sedari awal sudahpun boleh menjangkakan perkara berkenaan kerana percaya bahawa artis kesayangan mereka tersebut pastinya mempunyai alasan dan sebab tersendiri disebalik apa yang berlaku. Berikut adalah komen yang ditinggalkan para peminat Neelofa.

MUNCUL LA WAHAI MEDIA2 yang sengaja Panas2 kan TAJUK BERITA utk orang kutuk Lofa. Muncul la Netizen2 yang duk kutuk lofa tanpa tau hal sebenar. (Yg tukang kecam ni macam la dorang nampak apa yg lofa buat kat sana).

Kesian lofa hanya kerana dia NEELOFA. Tapi Allah sayang Lofa. Sebab tu Allah bagi ujian mcm ni untuk dia terus sabar dan istiqomah..Alhamdulillah syukur Allah hadirkan jodoh lekaki yang beriman.

Untuk sama2 Guide lofa dalam mengharungi hidup DALAM DUNIA AKHIR ZAMAN ini. ZAMAN FITNAH. Yang jadi A tapi yang d kecam sampai Z” – Netizen

“Netizen mmg sentiasa akan cari salah. Padahal diorang pun kalau dpt kebenaran rentas ka apa mesti ambik kesempatan melencong ke lain. Sabo je lahh. Mulut org mmg tkboleh nk tutup. Abaikan mereka. Stay strong love” – Netizen

“Mst husband lofa selalu bagi kata2 semangat sbb tu dia tenang..untung dia heheee” – Netizen

“ak boleh ke just happy tgk org lain happy. Nak saakit ati jer.. Tak suka jgn tgk. Tutop mata tutop mulut” – Netizen

“Natizen ni jenis suka cari salah orang . Salah sendiri n dosa sendiri tak nampak hakikat nya ada sifat dengki dan iri hati terhadap manusia lain . Bersihkan hati , berdoa lebih baik .” – Netizen

Walaupun pasangan tersebut sedang menempuhi dugaan setelah berumahtangga namun mereka tetap bersyukur dan menganggap isu yang sedang hangat diperkatakan mengenai tindakan mereka merentas negeri sebenarnya secara tidak langsung membantu mempromosikan lagi cawangan baru beliau di Langkawi walaupun masih belum dilancarkan. Semakin murah rezeki pasangan ini nampaknya.

Sumber: ig lofa.page

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!