Di tuduh tak hbs belajar dan jenis tak setia, pengurus tampil pertahan Nadia Brian

Setelah beberapa bulan di gantung tak bertali, terkini menerusi Instagram pelakon Nadia Brian mendedahkan beliau telahpun berpisah dengan suaminya. Menurut Nadia, beliau dan bekas suaminya mengambil keputusan untuk bercerrai setelah hubungan mereka tidak dapat diselamatkan lagi. Terdahulu bekas suami Nadia memfailkan percerraian setelah berkata beliau tidak dapat menerima tindakan Nadia yang berlaku cuurang terhadapnya.

Menurut Nadia lagi, bekas suaminya itu melafazkan ceraai terhadapnya diluar mahkamah tepat jam 8.20 malam kelmarin. Nadia menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka dan bersyukur semuanya telah berakhir. Mereka berdua telahpun bercerrai talak satu.

Pasangan itu mendirikan rumahtangga pada November 2019. Bagaimanapun hubungan itu tidak mampu bertahan apabila keretakan rumahtangga pasangan ini mula dihidu oleh media setelah bekas suaminya itu mendakwa Nadia berlaku cuurang terhadapnya sekitar Oktober tahun lalu.

Hari ini perkongsian Nadia Brian mengenai rumahtangganya yang telah berakhir itu telahpun mendapat sorotan beberapa pengamal media.

Menjengah keruangan komen daripada netizen yang ditinggalkan menerusi beberapa ruangan komen media sosial milik pengamal media popular, terdapat seorang individu yang menuduh Nadia tidak menghabiskan pelajaran semasa di Universiti kerana terjun ke bidang lakonan. Malahan individu berkenaan juga berkata Nadia merupakan wanita yang sukar untuk setia.

Komen dari individu berkenaan mendapat perhatian pengurus Nadia. Pengurus Nadia menjawab tuduhan berkenaan dan menjelaskan bahawa Nadia merupakan pemegang jurusan Diploma Teater dan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa lulusan UITM Shah Alam. Oleh itu, bidang lakonan amat bersesuaian dengan jurusan yang diperolehinya.

Nadia kemudiannya mengambil tangkap layar komen tersebut dan berkongsi semula di Instagram story milik peribadi beliau.

Dalam nada kecewa Nadia berkata beliau kesal dengan sikap segelintir netizen yang gemar menuduh tanpa usul periksa dan menjadikan fitnah sebagai perkara biasa.

Lebih mengeruhkan keadaan apabila berkemungkinan besar fitnah yang dilemparkan oleh individu tersebut mudah dipercayai oleh orang lain yang tidak tahu apa-apa.

Kini segalanya sudah berakhir dan tiba masa untuk Nadia buka lembaran baru dalam kehidupan beliau. Setelah 3 bulan tidak sebumbung dengan bekas suaminya mungkin ini adalah jalan yang terbaik buat mereka.

Buat Nadia, anggaplah ujian yang menimpa beliau sekarang akan menjadikan beliau seorang wanita yang lebih kuat pada masa hadapan.

Sumber: ig Nadia Brian

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!