“Dia dgn mom nampak ceria kalau x pemalunya ya ampun”- Netizen

Engku Aleesya binti Engku Emran ialah satu-satunya anak kepada pasangan Engku Emran bersama bekas isterinya pelakon popular Erra Fazira. Engku Emran dan Erra Fazira pernah mendirikan rumahtangga pada tahun 2007 dan dikurniakan anak perempuan pada Mac 2009. Bagaimanapun jodoh pasangan tersebut tidak panjang apabila mereka berdua mengambil keputusan untuk berpisah secara baik pada 2014.

Setelah berpisah dengan Erra Fazira, Engku Emran berkahwin dengan seorang pelakon dari Indonesia iaitu Laudya Chinta Bella namun hubungan tersebut juga tidak kekal lama. Terkini Engku Emran telah menyunting kakak kepada pengacara terkenal Neelofa iaitu Noor Nabila sebagai suri hidupnya bulan lalu.

Engku Aleesya yang masih lagi baru menjadi ahli keluarga kepada keluarga besar Nabila kelihatan masih kekok dan agak malu semasa sesi bergambar bersama ahli keluarga Nabila.

Sebagai remaja yang baru berusia 12 tahun, Engku Aleesya mungkin perluukan masa untuk bergaul mesra bersama ahli keluarga barunya itu.

Terkini menerusi satu perkongsian di Instagram Erra Fazira, beliau dan Aleesya memuatnaik sebuah video tiktok dimana pasangan anak beranak itu mempromosikan sebuah instagram menjual gadget dan telefon pintar. Menurut Erra, Instagram telefon pintar berkenaan telah menghadiahkan Aleesya sebuah telefon pintar.

Aleesya begitu teruja sehingga Erra belum sempat untuk memberikan hadiah berkenaan sebagai kejutan buat anaknya itu. Semasa merakamkan video tiktok tersebut kelihatan wajah ceria dan gembira Aleesya menari bersama ibunya tanpa rasa malu.

Perkara berkenaan di sedari oleh para peminat dan turut mngalkan komen berkenaan tingkah laku Aleesya yang dilihat sangat ceria ketika bersama ibu kandungnya berbanding semasa bersama keluarga barunya.

Engku Emran dan Nabila masih lagi baru bernikah. Berkemungkinan besar Aleesya masih perluukan lebih banyak masa untuk dirinya menyesuaikan diri dengan suasana baru. Jadi tidak hairan lah Aleesya masih lagi kekok berada di dalam keluarga barunya yang besar berbanding bersama ibu kandung sendiri.

Aleesya seorang remaja yang sangat sopan dan mempunyai budi pekerti yang baik. Semoga hubungan yang baru terjalin antara kedua buah keluarga ini akan bertambah erat dan membuatkan Aleesya lebih gembira bersama dengan ahli keluarga besar beliau yang baru.

Sumber: ig erra fazira

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!