“Sabarlah wahai adikku Qaqa, tgu dh ambik vksn bru blh pergi surfing kt Bali” – Nabila Huda

Bakat lakonan yang dimiliki oleh pelakon Nabila Huda sememangnya tidak mampu disangkal oleh sesiapa pun. Para peminat pelakon itu juga menggemari apa jua naskah drama mahupun filem yang dilakonkan oleh pelakon berkenaan kerana mampu menjiwai watak dengan baik dan berkesan. Pemilik nama penuh Nabila Huda Binti Suhaimi itu juga bukan sahaja dikenali sebagai pelakon berbakat, malahan sebagai seorang pengacara yang baik.

Bercakap mengenai perkembangan terbaru kerjaya seninya, Nabila kini semakin mendapat rezeki yang melimpah ruah apabila ditawarkan menjadi pengacara program hiburan di TV3 iaitu Melodi. Pemilihan Nabila Huda dikatakan akan menggantikan Awal Ashaari dan Janna Nick bermula pada bulan Ogos.

Pemilihan Nabila Huda sebagai pengacara baru Melodi disifatkan sebagai pemilihan yang sangat tepat dan merupakan langkah yang wajar diambil oleh stesen penyiaran tersebut demi mengekalkan persaingan secara sihat antara stesen penyiaran yang lain.

Menyingkap pula sisi peribadi pelakon ini, beliau yang aktif berinteraksi dengan para peminat di media sosial beberapa hari lepas telah berkongsi sebuah video di instagram memaparkan adiknya Alexander Zulkarnain sedang bermain papan luncur di dalam kolam di halaman rumah bapanya.

Tindakan adiknya itu mencuit hati kerana menurut Nabila, adiknya ingin melepaskan rasa geram untuk bermain papan luncur di Bali namun tidak kesampaian kerana terhalang oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan.

Disebabkan itu, adiknya mengambil tindakan kreatif dengan bermain papan luncur berkenaan di dalam kolam. Nabila juga menulis melalui ruangan caption hantaran tersebut meminta supaya adiknya itu dapat bersabar dengan situasi yang terpaksa dilalui sekarang.

Nabila turut menambah bahawa jika sudah mengambil vksn barulah adiknya itu boleh pergi bermain papan luncur dan bercuti ke Bali, namun jika mengikut saranan kerajaan adiknya itu hanya dibenarkan mengambil vksn bermula tahun hadapan.

Menerusi ruangan komen pula, netizen turut meluahkan rasa terhibur mereka apabila melihatkan gelagat adik kepada pelakon Munaafik 2 itu.

Netizen daripada golongan ibu bapa pula berkata mereka memahami kehendak anak-anak yang mahu bebas melakukan aktiviti di luar namun buat masa ini keinginan mereka itu terbatas kerana terpaksa mematuhi arahan kerajaan dan mengelak penularan k3s cvd yang semakin meningkat dalam negara. Berikut dikongsikan beberapa respon netizen terhadap video yang dikongsikan oleh Nabila itu.

Kreatif betul adik Nabila Huda ini untuk melakukan aktiviti kegemaran bermain papan luncur di kolam halaman rumah. Kasihan golongan kanak-kanak yang terpaksa membesar dalam zaman pndemk ini.

Banyak perkara yang terpaksa dikorbankan demi menjaga kesihatan dan keselamatan keluarga bagi mengelakkan dijangkiti oleh pndemk cvd. Semoga usaha kerajaan dan orang ramai dalam membendung pandemik ini akan membuahkan hasil tidak lama lagi.

Sumber : kupu_kupu

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!