“Mantop muka cam Usop Mentor lah, suara padu” – Netizen

Program hiburan I Can See Your Voice yang disiarkan di TV3 setiap malam ahad pada jam 9 malam baru sahaja menyiarkan episod minggu ini dimana menyaksikan tetamu jemputan ialah salah seorang panel penyiasat tetap mingguan rancangan berkenaan Alif Satar bersama kumpulan beliau Alif Satar and The Locos. Alif telah berjaya meneka dengan tepat seorang penyanyi misteri yang merupakan seorang penyanyi sebenar.

Program I Can See Your Voice merupakan sebuah program hiburan yang berasal daripada Korea Selatan. Program tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan oleh para penonton dan sehingga kini telahpun bersiaran selama empat musim.

Program I Can See Your Voice menampilkan Sean Lje dan Shuk Sahar sebagai pengacara pada musim ini manakala Jihan Muse, Fad Bocey serta Alif Satar menjadi panel penyiasat tetap.

Bagaimanapun dalam episod malam tadi Alif Satar dijemput menjadi tetamu bersama kumpulan beliau Alif and The Locos. Manakala panel penyiasat jemputan pula terdiri daripada Nabila Huda, Naim Daniel dan juga Caprice.

Menerusi Instagram TV3 Malaysia, gambar pemenang telah dikongsikan bersama Alif Satar. Penyanyi misteri berkenaan yang bernama Nik Shahidan semasa ditemu bual oleh Alif Satar di rancangan I Can See Your Voice berkata beliau sebenarnya merupakan seorang penyanyi dan pernah menerbitkan lagu sebelum ini.

Namun disebabkan oleh pandmik yang sedang melanda negara, beliau membantu ibunya berniaga nasi berlauk bagi mencari rezeki.

Episod minggu ini Alif Satar akhirnya berjaya memecah rekod kerana berjaya memilih penyanyi sebenar setelah 3 minggu berturut-turut tetamu jemputan memilih penyanyi bersuara sumbang.

Menerusi ruangan komen, netizen mengucapkan tahniah kepada pemenang dan juga Alif kerana berjaya meneka penyanyi sebenar dengan tepat. Bagaimanapun rata-rata netizen berkata wajah pemenang bagi episod malam ini saling tidak tumpah seperti wajah penyanyi Usop Mentor.

Sehingga kini gambar yang dikongsikan di Instagram TV3 itu telah menerima 6682 ribu tanda suka dan 84 komen daripada para netizen.

Pemenang episod berkenaan juga tidak ketinggalan turut mngalkan komen mengucapkan terima kasih kepada TV3.  Berikut dikongsikan pula beberapa komen yang ditinggalkan oleh netizen.

Sebak pula semasa mendengar alasan Alif membuat keputusan memilih penyanyi misteri tersebut untuk berduet bersama kerana mahu membantunya yang kini menjual nasi berlauk bersama ibunya.

Di fahamkan rancangan I Can See Your Voice ini telah dirakamkan lebih awal iaitu sekitar beberapa bulan yang lalu. Apa-apa pun tahniah kepada Alif dan juga pemenang episod minggu ini.

Sumber : tv3 Malaysia

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!