“Rindu bunda, Aleesya janji akn jadi anak yg baik. I miss you bunda take care” – Engku Aleesya

Gambar-gambar sekitar majlis perkahwinan antara kakak kepada selebriti terkenal Noor Neelofa iaitu Noor Nabila dan bekas suami kepada Erra Fazira iaitu Engku Emran sehingga kini masih lagi menghiasi beberapa laman web dan dada akhbar terkenal. Kisah mengenai percintaan dan pernikahan mereka berdua berlaku cukup pantas kerana kedua-duanya baru sahaja membuka lembaran kisah baru dalam kehidupan masing-masing setelah mengalami kegagalan rumahtangga.

Nabila dan Engku Emran di katakan mulai rapat apabila kedua-duanya terlibat dalam aktiviti sukan berbasikal bersama-sama. Mereka berdua juga sering bertemu dan berkongsi minat yang mendalam terhadap sukan berkenaan sehingga kerap berkongsi aktiviti berbasikal menerusi beberapa keping gambar yang dikongsikan di Instagram.

Majlis penikahan kedua-duanya telahpun berlangsung secara sederhana dengan kehadiran ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat. Sebagai rekod perkahwinan pasaangan ini merupakan perkahwinan kali ketiga buat kedua-duanya.

Dalam majlis yang berlangsung serba ringkas itu, anak kepada Engku Emran dan Erra Fazira iaitu Engku Aleesya mencuri tumpuan ramai kerana mewarisi kejelitaan wajah ibunya dan terlihat sangat anggun mengenakan persalinan baju kurung berwarna putih.

Semasa sesi bergambar bersama ibu barunya Noor Nabila dan adik tirinya Jebat Jayden, raut wajah Aleesya kelihatan kurang ceria telah menarik perhatian netizen. Seolah ada yang terbuku di hatinya.

Menerusi Instagram story Erra Fazira sebelum ini telah memuatnaik sesi soal jawab beberapa pertanyaan netizen terhadap beliau dan anaknya Engku Aleesya.

Antara soalan yang menjadi sorotan apabila ada warganet yang bertanyakan adakah Aleesya merindui Bundanya. Panggilan Bunda adalah panggilan Aleesya buat Laudya Cynthia Bella.

Aleesya menjawab bahawa dirinya amat merindui Bundanya itu dan berjanji akan menjadi anak yang baik. Aleesya juga sempat berpesan kepada Bundanya supaya menjaga diri sebaik-baiknya jika berkesempatan melihat ucapan beliau.

Jika diimbas kembali sebelum ini hubungan antara Laudya Cynthia Bella dan Aleesya sangat rapat. Semasa masih lagi menjadi isteri kepada Engku Emran, Laudya Cynthia Bella juga tidak kekok untuk keluar bersama-sama Erra Fazira demi kebahagiaan Engku Aleesya sendiri.

Percraian antara Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran berlaku setelah hampir 3 tahun mendirikan rumahtangga pada September 2017. Mereka berdua sepakat berpisah secara baik pada Jun 2020.

Engku Aleesya pula merupakan satu-satunya anak hasil daripada perkahwinan pertama Engku Emran dan Erra Fazira pada tahun 2007. Pasngan tersebut bagaimanapun bercrai pada tahun 2014 setelah hampir 7 tahun mendirikan rumahtangga bersama. Engku Aleesya kini telahpun berusia 11 tahun.

Layanan Laudya Cynthia Bella terhadap Engku Aleesya sebelum ini saling tak tumpah sepertimana anaknya sendiri. Laudya Cynthia Bella sering berusaha untuk hadir dalam apa sahaja acara yang melibatkan Engku Aleesya untuk memberikan sokongan moral. Begitu mulia hati Laudya Cynthia Bella dan besar kasih sayang beliau terhadap Aleesya.

Berkemungkinan besar, sudah pasti Engku Aleesya amat merindui Bundanya itu kerana sudah lama tidak berjumpa sejak pndemik C0v1d19 yang melanda dunia. Mudah-mudahan selepas C0v1d19 kembali reda Aleesya dapat berjumpa kembali Bundanya itu untuk melepaskan rindu.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!