“Muka dia nak tukar jadi macam Myra dah” – Izara Aishah

Aqeef Anaqi ialah anak sulung kepada pasaangan pelakon Amyra Rosli dan Amar Baharin. Aqeef Anaqi dilahirkan pada15 Oktober 2017. Buah hati sulung kepada pelakon drama Nur ini telah beberapa kali tercalon dalam Anugerah Meletop Era dalam kategori si cilik meletop kerana mempunyai raut wajah yang comel. Gelagat dan keletah manja dan lucu Aqeef sering dimuatnaik oleh Amyra mahupun Amar menerusi Instagram mereka membuatkan para peminat geram dengan kecomelan yang dimiliki oleh anak pasaangan tersebut.

Masih teringat lagi doa makan yang dibaca oleh Aqeef sambil menangis teresak-esak yang dimuatnaik oleh ibu bapanya di Instagram. Video bacaan doa penuh sayu itu dimuatnaik oleh Amyra dengan caption bahawa anaknya itu terlalu sedih kerana menjamah makanan yang terlalu sedap.

Video tersebut begitu tular dan membuatkan para peminat mereka merasa simpati namun terhibur dengan gelagat Aqeef. Kini Aqeef sudah semakin membesar dan menginjak usia 4 tahun pada tahun ini. Anak kedua Amyra dan Amar yang bernama Ayra Aryssa dilahirkan pada Februari tahun lalu.

Pasaangan ini juga tidak terlepas menjadi perhatian para netizen apabila ada netizen yang menegur rambut panjang Aqeef sebelum ini. Ekoran itu Amar telah tampil menjernihkan keadaan dan menjelaskan keadaan bahawa tiada salahnya anaknya itu berambut panjang asalkan tidak menyerupai wanita. Amar juga mengambil pendekatan sebagai mengamalkan salah satu sunnah nabi.

Terkini, Amyra telah memuatnaik sebuah video anaknya Aqeef yang sudah berambut pendek. Menurut Amyra, anaknya itu amat menggemari nasi lemak dan setiap kali bangun pagi akan mencari nasi lemak sebagai sarapan.

Rata-rata netizen memuji kecomelan wajah Aqeef yang lebih menyerlah apabila berambut pendek. Pelakon Izara Aishah juga memuji wajah Aqeef yang semakin iras wajah ibunya setelah berambut pendek.

Namun Amyra bagaimanapun secara berseloroh berkata muka Aqeef baru bangun kelihatan sembab membuatkan wajah kelihatan seperti dirinya, jika tidak sembab kembali menjadi wajah bapanya semula. Berikut dikongsikan beberapa komen Izara dan netizen yang memuji wajah comel Aqeef setelah berambut pendek.

 

Dah besar Aqeef Anaqi. Bila berambut pendek nampak semakin terserlah raut wajah kacak yang beliau warisi daripada bapanya Amar Baharin.

Walaupun pasngan ini telah memotong rambut anak mereka namun ada juga yang merindui wajah Aqeef berambut panjang. Tak kisah la rambut panjang atau pendek Aqeef tetap comel.

Sumber: Instagram aamyra rosli

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!