“Rendah diri dan ringkas je pakaian dia, ni baru betul billionaire” – Netizen

Percutian pasangan pelakon Hairul Azreen dan Hanis Zalikha mencuri tumpuan kerana menjadi antara pasangan selebriti pertama yang menggunakan perkhidmatan menaiki helikopter untuk berangkat ke tempat percutian mereka sekeluarga di Pulau Redang demi mengelakkan bersesak dengan orang ramai. Warganet juga kagum dengan pasangan tersebut kerana menganggap mereka “another level” apabila membuat keputusan menaiki helikopter untuk ke pulau itu.

Gambar-gambar percutian mereka sekeluarga kesana juga kerap mencuri tumpuan dek kerana netizen terpikat dengan kecomelan wajah dan gelagat anak- anak mereka iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah yg ceria dan gembira semasa bermain pasir di tepi pantai.

Terbaru perkongsian Hairul dan Hanis di Instagram mereka turut meraih perhatian para netizen sekali lagi apabila mereka berkongsi perasaan teruja mereka berdua menerima pelawaan menaiki kapal mewah daripada salah seorang individu yang paling berpengaaruh dan terkaya di Malaysia iaitu Tan Sri Vincent Tan.

Pengarah filem Ada Hantu itu menjelaskan bahawa pada awalnya mereka sekeluarga sudahpun bergerak pulang daripada pulau Redang selepas beberapa hari meluangkan masa bercuti disana. Bagaimanapun, beliau secara tidak sengaja telah bertemu dengan Tan Sri Vincent Tan.

Billionnaire itu kemudiannya tidak teragak-agak terus mempelawa mereka sekeluarga untuk menaiki kapal mewahnya. Hairul menyifatkan pelawaan daripada Tan Sri Vincent Tan berkenaan sebagai ‘langkah kanan’ dan merupakan rezeki daripada anak-anaknya.

Anak-anak kepada pasangan berkenaan cukup bertuah kerana dapat bertemu dengan Tan Sri Vincent Tan. Pasangan itu juga merakamkan beberapa gambar dan video Tan Sri Vincent bersama anak sulung mereka iaitu Yusof Iskandar dan berkongsi gambar dan video berkenaan di Instagram si cilik berkenaan.

Mudah-mudahan apabila Yusof sudah dewasa nanti, Yusof akan mengingati kenangan manis beliau bertemu dengan salah seorang individu yang paling kaya di Malaysia dan akan mengikuti jejak langkah Tan Sri Vincent Tan pula.

Perkongsian gambar dan video berkenaan bagaimanapun menarik perhatian warganet terhadap pakaian yang dikenakan oleh individu terkaya di Malaysia itu.

Walaupun sangat dikenali sebagai seorang pemilik beberapa syarikat besar di Malaysia namun penampilan beliau sangat dikagumi dan mendapat pelbagai pujian oleh warganet kerana tampil ringkas dan tidak langsung menonjolkan sebarang barangan mewah.Berikut dikongsikan komen netizen.

“Berbeza dgn bangsa kita kaya sikit je pon tapi bab menunjuk harta mcm dia paling kaya dalam dunia. Kebanyakan cina yg kaya raya ni pakaian mmg simple habis. Pernah jumpa org ciina kaya jgn ckp la pakaian masuk pasaraya pakai baju pagoda seluar pendek dgn selipar jepon” – Netizen

“Lowkey. Humble & simple je pakaian dia. Ni baru betul billionaire. Bukan mcm si polan tu baru kaya sikit dh baling2 duit mcm takde nilai, siap list kan harga ootd dari atas sampai bawah “ – Netizen

Netizen juga tertarik hati melihat respon anak-anak pasangan ini terutamanya Alisa yang sangat mesra memperkenalkan dirinya kepada Tan Sri Vincent Tan ketika Tan Sri Vincent Tan menyapa pasangan itu bersama anak-anak mereka.

Bertuahnya Hairul sekeluarga kerana berpeluang bertemu dan meluangkan masa dengan salah seorang individu yang terkaya dan berjaya di Malaysia seperti Tan Sri Vincent Tan.

Semoga pertemuan ini akan memberikan pasangan ini dan anak-anak mereka inspirasi untuk berjaya sepertimana Tan Sri Vincent Tan juga suatu hari nanti.

Sumber: Instagram yusof iskandar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!