“Mesti satu Malaysia happy kalau awk berdua berjodoh” – Netizen

Zul Arifin dan Ruhainies merupakan pelakon utama bagi drama terbaru Wifi Sebelah Rumah. Wifi Sebelah Rumah  merupakan sebuah drama yang diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli. Di samping Zul Arifin dan Ruhainies, drama berkenaan juga turut dibintangi oleh Keith Foo dan juga Fadlan. Selain di tayangkan di saluran Disney Hotstar, drama tersebut juga bersiaran di slot akasia saluran TV3 bermula 7 Oktober yang lalu menggantikan drama Perisik Cinta Tak Diundang.

Secara ringkas, drama Wifi Sebelah Rumah ini mengisahkan Zul Arifin yang membawa watak sebagai Ghaz memerluukan sambungan wifi untuk menyiapkan urusan kerjanya, namun ketika itu pilihan yang beliau ada hanyalah dengan berkunjung ke kafe berhampiran rumahnya.

Masalah mula muncul apabila Ghaz tak dapat menghabiskan kerjanya di kafe berkenaan setelah  dihalau sebaik tamat waktu operasi kafe tersebut. Ruhainies yang membawa watak sebagai Mira pula secara kebetulan telah singgah di situ lalu menghulurkan bantuan kepada Ghaz dengan memberikan password wifi dirumahnya.

Pada masa yang sama, Ghaz dan Mira sebenarnya merupakan jiran. Sejak berpindah ke situ Ghaz sudah mula jatuh hati dengan jirannya Mira, namun terpaksa menempuhi beberapa halangan untuk memikat Mira lagi-lagi untuk berdepan dengan bapa Mira yang menakutkan.

Keserasian gandingan Zul Arifin dan juga pelakon Ruhainies tidak dapat di sangkal setelah mereka berdua beberapa kali dilihat berlakon bersama sebagai pasangan di dalam drama.

Walaupun Zul Arifin kelihatan agak serius semasa berlakon, namun perkongsian video di sebalik tabir yang di rakamkan oleh Ruhainies sebelum ini di beberapa rakaman drama antara beliau dan Zul Arifin kelihatan sebaliknya apabila Zul Arifin boleh melayani perangai “masuk air” pelakon wanita berkenaan.

Terbaru, Ruhainies telah berkongsi satu video yang bertujuan mempromosikan drama Wifi Sebelah Rumah yang diterajui oleh beliau dan juga Zul Arifin.

Di dalam video berkenaan Ruhainies dan Zul Arifin kelihatan sedang menari berlatar belakangkan lagu Hindustan. Mereka berdua berpakaian lengkap baju pengantin sambil melakonkan babak di dalam drama berkenaan.

Menjengah keruangan komen, para peminat berkata mereka amat menyukai pasangan berkenaan berlakon bersama dan ada sesetengah yang berkata mereka mendoakan supaya Zul dan Ruhainies agar berjodohan dan menjadi pasangan suami isteri yang sebenar.

Berikut dikongsikan komen-komen yang ditinggalkan oleh para netizen di ruangan komen entri berkenaan.

“Kawen jela korang nie..jgn syok sgt pegang tgn bkn muhrim..haram tetap haram” – Netizen

“abg zul dalam cerita wifi sebelah rumah tu memang kuat berangan…kenapa lah abg zul tu tk terus terang jee yg dia suka kak ruhainies” – Netizen

“Korang dua ni da kenape cepat2lah kawin mesti satu Malaysia hapy lau awak berdua berjodoh Aamiinn.” – Netizen

“Rahul Anjali beraksi …. sayang seribu sayang hanya dalam angan Ghaz je …. si bujang kuat berangan … cakap ngan Ghaz tu Mira … ” burung Gagak burung Dara .. terbang ringan diatas rumah si lala , kalau memang awak ( Ghas) suka, jangan pandai je berangan, cakap je la …” kann” – Netizen

Orang kata kalau dah jodoh tak kemana. Mereka berdua juga kerap berlakon bersama dan sangat serasi antara satu sama lain.

Jika ada jodoh antara mereka berdua mudah-mudahan doa para peminat akan dimakbulkan tidak lama lagi. Masing-masing pun masih lagi bujang jadi apa salahnyakan.

Sumber: ig ruhainies

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!