“Kita sbg penonton bkn ketawa sbb kekurangan dia tp terhibur dgn apa dia usahakan” – Kak Lina Pom Pom

Baru sahaja bersiaran pada minggu pertama namun program hiburan Maharajalawak Mega tahun ini telah menerima beberapa kritikan daripada penonton. Program hiburan lawak berkenaan membuat kelainan kali ini apabila menjemput beberapa orang juri baru bagi memberikan komen dan penilaian buat para peserta. Namun apa yang mengejutkan ialah apabila barisan juri yang di tampilkan terdiri daripada para pelakon dan penyanyi.

Para penonton dilihat kurang berpuas hati apabila komen-komen yang pihak juri berikan seakan terlalu umum dan kurang pengetahuan terhadap program lawak dan tidak dapat membantu untuk meningkatkan prestasi peserta di minggu hadapan.

Tahun ini menyaksikan beberapa orang pelawak senior dan juga pelawak junior bergabung di dalam satu kumpulan baru untuk mmberikan lawak dan idea yang segar dan baru kepada para penonton.

Salah satu peserta di dalam Maharaja Lawak kali ini yang menganggotai kumpulan Bahya bagaimanapun mempunyai kekurangan iaitu gagap namun menggunakan kekurangan berkenaan untuk membuat lawak dan menghiburkan para penonton.

Namun begitu komen yang diberikan oleh salah seorang juri di dalam rancangan berkenaan untuk persembahan kumpulan Bahya yang berkata beliau merasa serba salah untuk ketawa kerana kekurangan yang dimiliki oleh peserta berkenaan bagaimanapun di sangkal oleh pengacara, penyanyi dan pelakon Kak Lina Pom Pom.

Kak Lina yang kini sedang sarat mengandung dan memperlahankan sedikit aktiviti seni beliau membuat kenyataan tersebut menerusi satu perkongsian di Instagram beliau. Menurut pendapat peribadi Kak Lina, peserta berkenaan menyertai pertandingan lawak itu adalah untuk membuktikan bahawa golongan 0KU, Istimewa dan gagap juga mempunyai impian sepertimana orang lain untuk berjaya sebagai pelawak.

Jelas Kak Lina, peserta tersebut sedang bekerja dan beliau bekerja dengan cara menghiburkan orang ramai serta menunjukkan kepada dunia bahawasanya golongan seperti mereka juga mampu berlawak dan mempunyai bakat tersendiri.

Sekiranya penonton terhibur dan ketawa dengan lawak yang dipersembahkan oleh peserta gagap itu, penonton bukanlah mentertawakan dan mengejek kekurangan yang dimiliki oleh peserta tersebut namun penonton sebenarnya terhibur dengan lawak yang disampaikan oleh seseorang yang gagap seperti beliau.

Kak Lina juga turut mengingatkan bahawa peserta berkenaan sedang masuk bertanding dan sekiranya penonton memberikan respon yang positif, hal sedemikian akan memberikan semangat kepada beliau.

Tambah Kak Lina lagi, sekiranya peserta yang gagap tadi yakin dengan bakat dan kebolehan yang dimiliki olehnya, mengapa kita sebagai penonton perlu keliru untuk ketawa dengan lawak yang dipersembahkan oleh beliau.

Kak Lina juga mahu orang ramai berfikiran positif terhadap golongan sedemikian kerana kata-kata yang positif akan membantu memberikan sntikan semangat kepada peserta tersebut. Kak Lina juga berkata beliau amat kagum dengan keberanian yang dimiliki oleh peserta berkenaan.

Rata-rata netizen juga bersetuju dengan pendapat yang diluahkan oleh Kak Lina tersebut. Netizen yang turut menonton rancangan Maharaja Lawak Mega itu juga berkata lawak yang dipersembahkan oleh kumpulan Bahya sebenarnya agak kelakar.

Mereka juga menyukai persembahan kumpulan Bahya kerana lawak yang disampaikan dan bukannya mentertawakan salah seorang peserta kumpulan itu yang gagap.

Netizen juga memuji keberanian peserta yang gagap berkenaan dan melihat kumpulan itu juga mempunyai potensi untuk mara ke pusingan yang seterusnya sekiranya mengekalkan momentum lawak mereka. Berikut dikongsikan pula komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen diruangan komen entri Kak Lina itu.

“Betul smlm ketawa bukan sbb kekurangan dia tpi punchline yg dia smpaikn..Nmpk dia gugup smlm tpi ada potensi utk menyerlah..” – Netizen

“setuju..dia rasa keliru dekat mana tah..klu bro tu xsanggup org gelak kt dia, dia xkan msk pun pertandingan nie..aku rasa team juri kali nie plg hambar n xlayak..smlm kumpulan nie je yg aku gelak smpai saakit perut..si naga tu pun ckp lg sikit nak dpt ha “ – Netizen

“Setuju kak Lina. Kalau lah kita gelak sebab kekurangan dia, adakah bermaksud dia tak boleh nak melawak macam pelawak lain? Kita gelak tu sebab apa yang disampaikan tu dapat geletek hati kita kan “ – Netizen

“Setuju… Jika dia tidak setuju atau tak suka dgn apa yg dilakukan dan diperlakukan.. saya rasa dia takkan atau tak hinggin pun masuk MLM .. rezeki Allah itu luasss.. jika itu rezekinya.. jangan disekat sekat..ini hanya pandangan saya.. yg kurang bernas drpd saya sendiri yg baik drpd Allah” – Netizen

Tidak terlepas menjadi bahan kritikan juga adalah barisan para peserta yang seperti kurang bersedia dalam memberikan persembahan malahan mereka juga kelihatan masih lagi mencari keserasian antara satu sama lain kerana pertama kali bekerjasama dalam satu kumpulan antara pelawak senior dan juga pelawak baru.

Walaubagaimanapun masih terlalu awal untuk menilai. Oleh itu, sama-samalah kita tunggu siaran pada minggu hadapan pula sama ada perubahan berkenaan membawa kearah positif mahupun negatif.

Sumber: ig iamellymazlein

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!