“Puteri dapat belikan mama rumah sebelum puteri kahwin”- Puteri Aishah

Ibu, segala penat lelah seorang ibu adalah sebuah pengorbanan dalam membesarkan anak-anak mereka. Pengorbanan ibu tiada tolok tandingannya dan sampai bila-bila pun kita sebagai anak tidak mampu membalasnya. Maka jadilah anak-anak yang menghargai jasa ibu dan taat kepada mereka seperti kata pepatah, Syurga seorang anak itu adalah di tapak kaki ibu.

Demi menghargai pengorbanan ibunya, pelakon Puteri Aisyah membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah rumah cantik buat ibu kesayangannya.

Kenangan indah itu dikongsi oleh Puteri menerusi laman Instagramnya baru-baru ini. Puteri memberitahu, Hadiah buat ibunya itu adalah salah satu impian besar yang telah disimpan sekian lamanya.

Puteri juga mendedahkan ingin memberi hadiah rumah buat ibunya sebelum beliau berkahwin. Nampaknya Puteri tak lama lagi akan berkahwin lah ni ye..

Sementara itu, posting video kenangan indah buat Puteri dan keluarganya telah menjadi tumpuan ramai. Rata-rata rakan artis dan netizen menzahirkan ucapan tahniah buat Puteri setelah berjaya merealisasikan impiannya.

Ramai juga netizen memuji keperibadiaan Puteri yang lebih mengutamakan keluarga dan menghargai pengorbanan penat lelah ibunya.

“Bagusnya dapat anak mcm ni, good job puteri, Best part bila dapat bahagiakan, semoga murah rezeki “-Netizen

Tahniah Puteri dapat belikan rumah buat ibunya. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki sebab tak kedekut dengan ibu sendiri.

Sumber: Instagramputeriaishah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!