“Terima kasih usaha dapatkan buah ni untuk i”- Almy Nadia

Setiap wanita hamil pasti mengidam pelbagai jenis makanan. Bukan setakat makanan je, mengidam benda yang pelik-pelik pun ada. Itulah lumrah seorang wanita yang sedang hamil. Banyak yang mereka terpaksa lalui termasuklah mengidam sesuatu dan mengalami alahan ketika mengandung. Penyokong kuat buat ibu mengandung sudah tentu ialah suami. Suami lah antara yang sering merealisasikan keinginan isteri mereka yang sedang mengandung.

Begitulah yang dilalui pasangan selebriti Almy Nadia dan Fizz Fairus apabila Almy kini sarat hamil untuk anak keempat. Disebabkan Almy terlalu mengidam buah gajus, suaminya sanggup dapatkan buah berkenaan yang sukar wujud sekarang ini.Kalau ada pun, buah gajus itu hanya ada di beberapa tempat sahaja.

Posting video Fizz usaha mendapatkan buat gajus untuk isterinya telah dikongsi oleh Almy di Instagram. Almy menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih buat suami tercinta selepas merealisasikan keinginannya untuk makan buat itu.

Tidak dinafikan lagi, fizz fairuz adalah seorang bapa dan suami yang penyayang seperti yang dikatakan oleh netizen.

“Such a good husband and daddy, bagusnya sanggup redah dapatkan buah gajus tu”- Netizen

Sementara itu, ramai netizen berteka teki tentang nama sebenar buah tersebut kerana ada sebahagian mengatakan ia adalah gajus namun ada sebahagian netizen lain pula memberitahu ia dipanggil jagus. Ini antara komen-komen daripada netizen:

Akhirnya tercapai jugak impian Datin Almy Nadia nak makan buah gajus, mengidam lain macam ye datin. Semoga lancar urusan bersalin nanti, tak sabarnya nak tengok anak keempat datin dan datuk.

Sumber: Instagram Almynadia

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!