“Pliss jgn terlalu moden sgt cara pemakaian islamic tu” – Netizen

Pemakaian seseorang melambangkan keperibadian mereka masing-masing. Lebih menutup aurat, lebih nampak manisnya seorang wanita itu. Apabila sebut tentang pemakaian musl1mah, selebriti popular Neelofa antara ikon fesyen musl1mah yang disukai ramai peminat. Selepas beliau berhijrah, Neelofa sentiasa tampil dengan pemakaian purdah dan menutup aurat sepenuhnya lebih-lebih lagi selepas bergelar isteri kepada PU Riz.

Seperti yang ramai ketahui, Neelofa antara selebriti yang sentiasa tampil bergaya dengan stail beliau tersendiri. Walaupun sudah berpurdah, Neelofa cukup versatil di mata netizen.

Gaya Neelofa pun masih menjadi ikutan warga netizen tau.. Memang memberi satu inspirasi buat semua. Yang penting cantik bergaya meskipun menutup aurat. Nampak manisnya kan..

Namun baru-baru ini, Neelofa menerima teguran daripada netizen berikutan gamabr dan video yang menunjukkan pemakaian beliau pada majlis pelancaran produk berjenama mewah Dior.

Pemakaian islamik Neelofa dikatakan tidak bersesuaian dengan imej berpurdah dan terlalu moden buat Neelofa. Kebiasaannya pemakaian niqab sering digayakan dengan jubah seperti yang kita sendiri lihat.

Sementara itu, ada juga sebahagian netizen teruja melihat kecantikan Neelofa dan memuji stail Neelofa yang kelihatan moden meskipun bertudung litup.

Video Neelofa telah menarik perhatian ramai sehingga mencecah 174,000 tontonan dan hampir 12,000 tanda suka.

Kelihatan Neelofa bersendirian ketika majlis pelancaran jenama mewah berkenaan dan memperagakan beberapa produk Dior ketika itu.

Melihat Instagram Story Neelofa, beliau kini berada di Pulau Langkawi atas urusan perniagaan dan bersama beberapa kenalan beliau.

Cantik sangat Neelofa dengan penampilan versatil macam itu. Mungkin Neelofa sekali sekala nak bergaya dengan stail moden, ala salahnya kan?

Sumber: Instagram neelofa

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!