“Berdebar debar sebak terkjut happy semua ada, love you forever” – Suami Elyana

Tiada apa lebih membahagiakan selain daripada melihat pasangan yang kita sayang merasakan kasih sayang kita. Pada kebanyakan orang, menyambut hari istimewa sudah tentulah sesuatu yang membahagiakan. Pastinya itu yang dirasakan suami kepada penyanyi Elyana Emrizal bernama, Khairul Anuar Husin ini apabila isteri tersayangnya itu membuat sambutan mengejut hari jadinya dan ulangtahun perkahwinan mereka.

Bestnya dapat surprise… Daripada video dikongsikan Elyana dapat dilihat riak wajah Khairul agak tergamam bercampur ceria, gamaknya tak sangka isterinya itu nak buat kejutan sedemikian rupa. Grand juga… Siap pelamin bersanding lagi.

Sempena sambutan 12 tahun usia perkahwinan mereka di samping sambutan hari jadi suaminya yang ke-47 tahun itu, cerita pelantun popular dengan lagu ‘Niat’ itu, dia mengatur majlis itu seorang diri.

Agak mencuit hati apabila ada netizen yang meluahkan tak sangka yang suaminya itu sudah berusia 47 tahun. Betullah wajahnya nampak muda juga. Jika hendak dibandingkan, Elyana berusia 35 tahun ini.

Menarik perkongsian Elyana, katanya dia percaya membuat orang yang kita sayang bahagia adalah kunci kebahagian diri sendiri. Moga ramai terinspirasi dengan apa dikongsikan wanita ini ya.

Apa yang pasti sudah tentunya sambutan kali ini lebih istimewa apatah lagi bagi peminat dan pengikutnya sebelum ini sudah maklum yang Elyana terpaksa berdepan cabaran berkaitan kesihatannya.

Ya… Selepas tersingkir dalam Gegar Vanganza 4 (2017), Elyana mengumumkan dirinya telah menghidap b4rah lim0ma tahap empat selama 7 tahun. Itupun bukan tempoh yang singkat.

Hanya pada 8 Disember 2021, dia mengumumkan yang dirinya telah bebas k4nser itu. Bayangkan selama 11 tahun itu juga bukan mudah kerana dia perlu berdepan cabaran kes4kitan terutama apabila menjalani kem0terapi.

Bayangkanlah kesan sampingan yang biasa kita dengar daripada r4watan tersebut, rambut gugur, pendar4han, mual, mbntah dan pelbagai lagi. Bukan hanya sekali rawatan itu, yang pasti berkali-kali.

Suatu masa orang yang melihat keadaan Elyana sudah hampir tak punya harapan, bahkan keadaannya ketika berkongsi di medsos pun bikin ramai menangis, siapa sangka hari ini dia sihat kembali. Dapat sambut seperti orang lain yang sihat sempena hari istimewa ini…

Sumber : IG Elyana Emrizal

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!