“Jaangan sampai aku try, haa jaga” – Sharnaaz Ahmad

Belum berjumpa lagi seorang hero untuk beraksi dalam muzik videonya, usahawan sensasi, Dato’ Seri Vida atau DSV membuat pengumuman untuk mencari individu, termasuk penyanyi atau pelakon menepati citarasanya bagi tujuan tersebut. Sekali lagi kali ini, DSV secara terus terang menyebut beberapa ciri utama jejaka dikehendakinya antaranya yang hensem, bujang dan sado serta meminta sesiapa dapat mencadangkan nama-nama yang sesuai berganding dengannya.

Wah… taste DSV ni memang biasa nak yang gitu-gitu saja ya?. Siapalah yang bertuah terpilih tu gamaknya. Agak mencuit hati apabila laju saja netizen buat kerja menulis nama-nama yang dikatakan sesuai, antaranya Shuib, Nazim Othman, Aweera, Zul Ariffin dan beberapa nama lain.

Menariknya tak kurang juga netizen yang mencadangkan agar DSV mengambil saja bekas pembantu peribadinya Ahmad Iqbal Zulkefli, yang dikatakan lebih sesuai bergandingan dengannya untuk video muziknya itu.

Nampak macam ada juga logiknya di situ kan… Yelah.. Iqbal kan pernah bekerja dengan DSV, tentu kedua-duanya sudah saling memahami. Jadi akan memudahkan DSV. Namun sehingga kini, komen netizen yang mencadangkan Iqbal itu belum lagi dibalas DSV.

Menariknya, tak sampai tiga jam DSV memuatnaik hantaran berkenaan pencarian hero video muziknya itu, pelakon Malaya poojaan ramai, Sharnaaz Ahmad pula ‘masuk line’ dan men1nggalkan komen yang menancap pembacaan netizen.

‘Jngan sampai aku try… haaaa jagaaa’, ‘Jngan kata tempuh, kena langgaq dgn lori pun boleh.. cuma nak tau yang ehekk ehekk tu kena buat apa?’, itu antara coretan Sharnaaz di ruangan komen hantaran DSV. Adehlaa…

Sebelum ni Shuib muncul di ruang komen hantaran DSV tatkkala beliau mengiklankan memerlvkan pembantu peribadi juga yang ada kriteria sedap matanya memandang. Untuk hero video muziknya kali ini, sempat lagi Sharnaaz pula yang nak menyelit ye…

Pulak tu ramai pula netizen yang menyokong Sharnaaz untuk menghantar profail kepada DSV supaya terpilih. Walaupun gamaknya Sharnaaz hendak mengusik DSV, tapi apa salahnya kan… dah Sharnaaz pun ada ciri-ciri diperlvkan DSV tu…

Nampaknya, walaupun sebelum ini DSV dikecam hebat kerana mencari jejaka-jejaka dengan ciri-ciri tertentu yang diperlvkan dalam urusan kerjanya, beliau tidak mengendahkan kata-kata nista yang dilemparkan padanya.

Biarlah apa orang nak kata ya DSV, janji urusan kerja kita jadi mudah dan video muzik tu nanti meletop-letop di pasaran. Biasanya hasil idea dan marketing DSV pun memang kebabom dan DSV pun banyak kali dah berjaya membuktikannya.

Sumber : Ig Dato’ Seri Vida

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!