“Aku pun ikut sebak weh, bila ucapan tu menyentuh ttg zuriat” – Netizen

Lumrah berumahtangga sudah pastinya pada akhirnya mengharapkan kehadiran cahaya mata sebagai penyambung zuriat. Pada saat tak kurang dalam kalangan kita yang men1nggalkan pasangan disebabkan mereka belum mampu memberi zuriat meskipun sudah menunggu sekian lama, ada juga tetap bersama bahkan ikatan perkahwinan lebih erat dibuatnya macam pelakon dan penyampai radio, Elizad Sharifuddin dan pasangannya, Shamsul Baharin ini.

Buktinya lihat saja perkongsian hantaran radio Era ini. Video dirakam di konti ketika Elizad bertugas bersama rakan penyampai. Dia sendiri tak menyangka suami menelefon bagi menyampaikan ucapan Selamat Hari Wanita.

Apa yang menyebakkan ialah kata-kata Shamsul kepada Elizad yang memuji isterinya itu seorang yang baik, menghorm4ti dirinya serta keluarga. Biarpun belum dikurniakan zuriat, katanya dia akan tetap sayang isterinya itu hingga akhir hayat.

Ucapannya itu jua membuatkan rakan penyampai, Angah sebak dan mata berkaca, namun tak lupa mendoakan buat Elizad dan suami. Apatah lagi Elizad, lagilah berambu air mata dibuatnya.

Elizad juga rupanya tak menyangka suaminya menelefon. Sempat dia meluahkan yang suaminya juga seorang yang penyabar, bahkan mereka sama-sama menghadapi kelompok yang asyik bertanyakan tentang zuriat.

Kalau kita pun boleh tensi0n dibuatnya kan… Tambah pasangan ini yang sudah mendirikan rumah tangga pada 11 Januari 2015, begitupun belum dikurniakan cahaya mata sebagai penyeri keluarga hingga kini.

Sudah tentu menghadapi pelbagai asakkan hingga rengsa jadinya, bukan tak pernah mereka berusaha.  Pada November 2020, aktres ini pernah menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) untuk mendapatkan zuriat.

Begitupun, Elizad dilaporkan mengalami keguguran selepas seminggu disahkan hamil. Kongsi Elizad di media anak juga bukan ‘isv’ utamanya kerana suaminya juga sudah ada dua zuriat pada perkahwinan terdahulu.

“Angah ht nya penuh k. Sayang. Alhamdulillah. Mukan mudah laki nak mengalirkan air mata”, “Dgr td masa tgh drive pegi keje. Bergenang air mata. Sweet sgt.”, “Saya dengar tadi pon lap air mata tau.”, “Aku pon ikut sebak weh bila ucapan tu menyentuh tentang zuriat”.

Itu antara komen netizen. Tak kurang di ruangan komen yang turut rasa sebak mendengar perkongsian Elizad dan pasangan serta ramai mendoakan agar doa mereka dikurniakan zuriat termakbul. Elizad juga menghargai semua ucapan tersebut.

Sumber : IG ERA

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!