“Pertama kali beraksi bersama Chef Aafiyah, masak-masak ni mmg dia suka”- Tokti

Sebut sahaja nama penyanyi popular, Dato Siti Nurhaliza pasti terngiang-ngiang lagu nyanyiannya di kepala. Dato Siti Nurhaliza atau dikenali dengan panggilan Tokti ini antara selebriti yang aktif berbisnes antaranya produk tudung dan minuman kesihatan Beausiti. Tokti juga kini dilihat lebih fokus dalam bidang perniagannya pada tahun ini. Semoga maju jaya buat Tokti ye.

Selain Tokti yang sentiasa menjadi tumpuan, anak sulungnya iaitu Aafiyah juga menjadi perhatian netizen. Telatah comel Aafiyah membuatkan ramai netizen teruja melihat perkembangan Aafiyah sejak lahir hinggalah sekarang.

Lebih mengujakan lagi apabila Tokti menghasilkan produk terbaru minuman jenama Aafiyah. Untung Aafiyah kecik-kecil dah ada produk jenama sendiri hehe..

Baru-baru ini, Tokti berkongsi sebahagian paparan video rancangan ‘Beausiti Kitchen Project’ di laman Instagramnya. Paparan video tersebut menunjukkan gelagat Tokti dan Aafiyah membuat minuman di dapur.

Walaupun umur Aafiyah masih kecil, Aafiyah kelihatan cekap membantu ibunya membuat minuman.

Lebih mengejutkan, Tokti sendiri memberitahu Aafiyah sangat minat dengan aktiviti memasak. Nampaknya dah nampak ciri-ciri kakak sulung dekat Aafiyah ni..

Selain itu, rata-rata pengikut Tokti di Instagram memuji wajah comel Aafiyah yang semakin membesar dengan sihat dan cerdik.

Tak sabarnya nak tunggu program memasak dari Aafiyah nanti, kot kot ada buat program memasak pula lepas ni kan hehehe. Mesti comel je tengok dua beranak ni beraksi di dapur..

Sumber: Instagram ctdk

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!