“Perghhh dasatt, kahwin anak sult4n kut” – Netizen

Diam-diam ubi berisi, rupa-rupanya senyap-senyap pelakon yang mana namanya agak hangat berbangkit baru-baru dek bukan hal ini, tetapi ‘isu’ lain kini sedang sibuk membuat persiapan untuk mendirikan rumah tangga. Itu yang dikongsikan dan keluar dari mulut, Reen Rahim di medsos beberapa jam lalu. Pasti ramai peminatnya tumpang gembira dengan berita dikongsikannya ini.

Jika meninjau video ‘sekerat’ dikongsikan di IG ini, kata Reen ‘tugasnya’ nanti hanya buat fitting (ukuran) baju. Kedengaran juga tiada pra perkahwinan yang akan dilakukan dan majlis ringkas saja diadakan.

Reen juga memberitahu bahawa dia disarankan agar tenang dan enjoy saja dalam majlis itu nanti. Wah… bertuahnya Reen ya… tak payah nak fikir uruskan majlis, pinggan mangkuk, khemah, pelamin bagai. Huhhh…

Menariknya, mendengar kenyataannya itu, ada yang menebak dia bakal berkahwin dengan seseorang bergelar kerabat, paling tidak pun golongan yang ‘ada-ada’. Kalau dah jodoh, nantikan saja nanti ya…

“Mesti kawin dgn yg g4duh haritu”, “RM 15 juta, ramai orang nak buat Wedding 15 ribu pun semput nak cari duit. Humm boleh taja ramai pengantin kalau saya ada 15 juta”, “15 juta simpan mkn tak abih..tkpun boleh beli 20 bijik rumah cash..”.

“Perghhh dasatttt, khwin anak sultan k0t”, “Majlis RM15 juta ke, RM15 ribu ke, RM1500 ke, bukan ukurannya. Yang kita mahukan ialah keberkatan”, “Of course la Ada penaja contoh jewelry dh juta2 apa nk heran”, “Makk aiii 15juta tuuu. Rezeki dia. Sponsor ke?”.

Itu antara komen netizen. Apa pun dalam kapsyen yang dikongsikan MelodiTV3, Reen dikatakan mengumumkan bakal melangsungkan perkahwinan hujung tahun ini. Bahkan dengar cerita ditambah lagi majlis dianggarkan berharga 15 juta…

Jika benarlah… boleh dikatakan majlis itu nanti akan menjadi ‘wedding of the year’. Ya lah… sudah ‘berkepok’ modal dikeluarkan yang bukan kecil anak, pasti meriah dan gemilang sambutannya.

Apa-apa pun sama-samalah kita nantikan siapa jejaka pilihan Reen tu ya… Sekadar info, baru-baru ini nama Reen ‘naik’ apabila dilaporkan berang dengan rakan pelakon, Fezrul Khan yang dikatakan menc3kiknya hingga s4kit tika berlakon.

Sebelumnya, namanya juga hangat bila foto ‘celah k4ngkang’ nya yang s3ksi tular. Apa pun moga dipermudahkan majlis Reen nanti dan suamlah sikit hangat yang melanda tu…


Sumber : IG MelodiTV3

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!