“Awak tak nampak berumur Kak Sheila, seriously” – Netizen

“Tipah tertiipu bang… Tipah tertiipu…”. Sejak beberapa dekad lalu dialog sinonim dengan dirinya ini menjadi sebutan dan bermain di bibir masyarakat kita hingga sekarang. Siapa saja yang tidak kenal pelakon dan penyanyi lejen negara, Datuk Shiela Majid ini. Orangnya kecil molek dengan pakej wajah yang manis. Menariknya jika dilihat, sampai kini fizikalnya tak banyak berubah.

Jika dibandingkan penampilannya dalam filem Ali Set4n itu yang memegang watak Tipah, dilihat orangnya tak banyak beza hingga sekarang. Macam manalah agaknya Shiela mampu maintain ya…

Lihat saj4lah perkongsian beliau dalam video hantarannya ini. Nampak lincah dan bertenaga difahamkan, Shiela dan krew membuat persiapan untuk mengadakan konsert.

Menjengah usia 57 tahun, kelihatannya ramai netizen yang bersetuju bahawa penampakan secara fizikal Ratu Jazz ini lebih muda dari umurnya itu. Mesti ada rutin diamalkan Shiela kan…

“One and only legend”, “Anggun my dear”, “You never age Kak sheilamajidofficial seriously”, “OMG, gorgeous”. Itu antara lontaran coretan netizen di ruangan komen itu.

Jika meninjau perkongsian Sheila dengan media tempatan tentang rahsia kesihatan dan kecantikannya sebelumnya, menurutnya ia dek amalan pengambilan nutrisi serta penjagaan wajah secara konsisten.

Kata Sheila, beliau tidak mengamalkan diet ketat, sebaliknya cuma memastikan pengambilan nutrisi seimbang sesuai keperluan tubuh. Bahkan sejak kecil diajar ibunya mengambil makanan seimbang untuk keperluan tubuh.

Jangan tak tahu, Sheila akan meningkatkan kecergasan dan tenaga di gimnasium terutama menjelang konsert besar. Kadang di treadmill, namun kebanyakan masa melakukan senaman pilates.

Ujar ibu kepada empat cahaya mata itu, aktiviti itu antara yang tidak pernah ditinggalkannya sejak lebih 10 tahun lalu. Secara jujur beliau mengakui jarang bersarapan berat, tetapi hanya dengan pengambilan yogurt. Ha.. mampu?

Sheila pernah mendirikan rumah tangga dengan pemuzik dan penerbit rakaman, Roslan Aziz pada 1989 sebelum berpisah pada 4 April 2000. Beliau kemudian bernikah dengan Dato’ Hashridz Murshim Hassim atau Acis, bekas pemain keyboard, kumpulan Gersang.


Sumber : IG Datuk Shiela Majid

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!