“Mmg hensem, esok jenuhla nak kepong crush mesti ada kiri kanan ni” – Netizen

Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Mac Wilson merupakan pasangan pelakon, model dan selebriti yang popular di Malaysia. Pasangan berkenaan bertemu dan berkenalan ketika berlakon dalam drama yang sama. Berkenalan mereka akhirnya membawa ke jinjang pelamin apabila mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga pada 20 Februari 2020. Hasil pernikahan mereka, pasangan itu dikurniakan cahaya mata lelaki pada 5 Januari yang lalu.

Mereka berdua membuat keputusan untuk menyambut kelahiran anak pertama itu di Perth Australia kerana Zahirah mahu menjalani tempoh berpantang bersama ibunya di sana.

Pasangan berkenaan bagaimanapun mengambil masa sehingga Zahirah habis menjalani tempoh berpantang iaitu sekitar bulan Mac untuk mendedahkan wajah anak mereka kepada para peminat.

Pasangan tersebut sepakat mengumumkan nama anak mereka sebagai Issac Raees yang kini telah berusia 6 bulan. Pendedahan tersebut di buat menerusi instagram masing-masing.

Mereka juga turut berkongsi akaun instagram yang diwujudkan untuk anak mereka iaitu isaacraees yang kini sudah diikuti oleh 131,000 ribu pengikut setakat ini. Para peminat begitu terpikat dengan wajah anak sulung mereka kerana mempunyai lesung pipit di pipi dan sangat comel.

Beberapa video anak mereka dikongsikan semula oleh para peminat. Terkini menerusi sebuah instagram peminat, satu video memaparkan Isaac sedang meniarap dan ditemani ibunya menarik perhatian.

Menerusi ruangan komen para peminat berkata senyuman bayi tersebut yang begitu comel membuatkan para peminat memuji dan merasa geram dengan kecomelan wajah bayi Isaac.

Ada juga peminat yang telah meramalkan bayi tersebut bakal mempunyai peminat yang ramai setelah dewasa kelak.Β  Berikut dikongsikan komen para peminat terhadap video anak mereka.

Kemana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Begitulah di ibaratkan wajah anak pasangan Aiman Hakim dan Zahirah Mac Wilson yang begitu comel dan sudah mempunyai ramai peminat tersendiri walaupun masih bayi. Pastinya Isaac bakal mewarisi wajah kacak dan jelita ibu bapanya.

Sumber : ig zahirahh_aimann

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!