“Ishh dia terima ke jadi bini no 2 dak amik, kuang ajaunya pompuan”- Netizen

Drama Rindu Kasih telah mencuuri perhatian ramai penonton dan semakin popular di laman sosial media. Setiap babak daripada drama berkenaan telah dikongsi ramai netizen terutamanya di aplikasi Tiktok. Tak dapat disangkal lagi, drama yang diterajui pelakon utama Ummi Nazeera telah menerima tontonan yang tinggi dek kerana lakonan mantap beliau.

Apa sahaja lakonan Ummi Nazeera sememangnya menjadi bualan hangat netizen di laman sosial media. Selain Ummi, turut sama pelakon popular yang berganding dengannya iaitu Amyza Aznan, Izzue Islam, Fazlina Ahmad Daud, Ezzaty Abdullah dan ramai lagi.

Menerusi drama Rindu Kasih, gandingan Ummi bersama Amyza sebagai ibu dan anak juga turut membuatkan penonton sendiri mengalir air mata melihat lakonan mereka berdua.

Setiap episod Drama Rindu Kasih sentiasa dinanti-nantikan oleh netizen. Almaklumlah, drama sebegini memang wujud dalam masyarakat kita secara realitinya.

Sementara itu, sedikit babak drama Rindu Kasih dikongsi oleh Instagram Drama Sangat TV3 baru-baru ini dan menerima komen daripada netizen.

Sebahagian babak drama berkenaan yang dikongsi itu menunjukkan sahabat baik kepada Salina iaitu Murni sepertinya bakal berkahwin dengan suami Salina sendiri.

Lakonan Nafiz Muaz sebagai Hisyam membuatkan netizen teringin sangat beliau hidup bahagia bersama Salina di akhir drama ini.

Dalam pada itu, video yang dikongsi instagram Drama Sangat telah menerima 63,000 tontonan dan beberapa komen daripada netizen.

Rata-rata komen daripada golongan netizen cukup beremosi apabila menonton drama tersebut. Memang geram dengan Murni ni ye hehe..

Tak sabar nk tengok episod seterusnya untuk drama Rindu Kasih. Hari-hari menangis tengok drama ni…

Sumber: Instagram dramasangat

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!