“Perghh turun ilmu rempit ni” – Netizen

Bapak borek anak rintik. Itulah pepatah yang sesuai apabila anak sama kelakuan dengan bapa kesayangannya. Lebih-lebih lagi jika anak lelaki, memang sering dilihat rapat dengan bapa mereka. Tidak terkecuali, anak lelaki kepada pelakon Farid Kamil dan dianna danielle iaitu Che Mad cukup rapat dengan bapanya. Che Mad yang semakin membesar pun sudah kelihatan kacak macam bapanya.

Siapa sangka, Che Mad yang dahulunya masih kecil kini sudah meningkat besar dan bergiat aktif dalam sukan permotoran seperti bapanya. Nampaknya tak lama lagi Che Mad dah boleh berlumba motor dengan bapanya sendiri..

Meskipun Che Mad baru berusia 7 tahun, gelagatnya yang kelihatan khusyuk mendengar arahan bapanya itu mencuri tumpuan netizen menerusi video yang dikongsi oleh Farid Kamil.

Dalam video berkenaan, Che Mad fokus mendengar ajaran bapanya sebelum memulakan latihan membawa motor. Gelagat Che Mad memang dilihat cukup bersahaja dan berani. Steady Che Mad.

Video Che Mad itu menjadi perhatian netizen dan rata-ratanya memuji sikap Farid Kamil mengajar anak lelakinya itu. Netizen juga suka melihat perkongsian aktiviti Farid Kamil bersama keluarganya. Pelbagai aktiviti sihat yang dilakukan Farid dengan Diana Danielle bersama anak-anak.

Sementara itu, video che Mad tersebut telah ditonton hampir 60,000 tontonan. Ruangan komen pula dipenuhi dengan perasaan teruja daripada netizen apabila melihat si cilik itu.

Selain Che Mad, Farid Kamil dan Diana danielle juga mempunyai seorang cahaya mata perempuan bernama Aurora. Memang bahagia tengok keluarga Farid Kamil dan Diana Danielle. Semoga kekal bahagia buat mereka sekeluarga.

Sumber: Instagram Faridkamilz

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!