“Anak merdeka”, Tahniah Issey, isteri selamat lahirkan zuriat Issey yg pertama

Baru- baru ini Issey atau nama sebenar beliau Fazlisham Mat Hassan telah mengucapkan selamat tinggal kepada stesen radio Suria FM setelah 3 tahun menjadi penyampai radio di situ. Perkara tersebut begitu mengejutkan para peminat segmen Team Pagi Suria yang diterajui oleh beliau, Ajak Shiro dan Fizie Ali. Kongsi anak kelahiran Kelantan itu lagi, keputusan untuk mengundurkan diri tidak mudah namun demi kelangsungan kerjaya seni serta memenuhi impian perancangan beliau itu, keputusan berkenaan harus dilakukan.

Ramai peminat yang selama ini mengikuti celoteh mereka bertiga setiap hari merasa begitu terkejut dengan keputusan yang dilakukan oleh Issey itu. Menurut para peminat, trio berkenaan sangat serasi dan saling melengkapi antara satu sama lain.

Walaubagaimanapun kedukaan peminat tidak berpanjangan apabila Issey akhirnya kembali menjadi penyampai radio menerusi stesen radio Gegar FM iaitu saluran radio yang lebih mesra dengan pendengar dari kalangan penduduk dari pantai timur semenanjung Malaysia.

Menyingkap sisi peribadi penyampai radio ini, beliau telah mendirikan rumahtangga bersama Noor Aimi Jamel pada 22 Disember 2019 di Kota Bharu Kelantan. Sebagai rekod, Aimi merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai 3 orang anak hasil perkahwinan terdahulu.

Setelah hampir 2 tahun mendirikan rumahtangga, isteri Issey kini hamil dan dijangka bersalin sekitar bulan September ini. Issey pernah berkongsi perasaan teruja dan gembira beliau apabila mendapat tahu isterinya sedang hamil.

Beliau dan isteri juga sudah mengetahui jantina bayi yang bakal lahir setelah membuat pemeriksaan ketika kandungan isterinya berusia 6 bulan sebelum ini.

Menerusi perkongsian terkini di Instagram, Issey telah mengumumkan kelahiran anak lelakinya sekitar jam 1.48 petang hari ini. Kelahiran anak lelakinya itu menjadikan hari sambutan merdeka mereka sekeluarga pada tahun ini menjadi amat bermakna dan bertambah meriah.

Entri beliau berkenaan turut di sertakan doa dan harapan Issey buat anak lelaki sulungnya itu agar membesar menjadi seorang anak yang soleh dan berbakti kepada keluarga, agama dan negara suatu hari nanti.

Ruangan komen entri Issey tersebut dihujani ucapan tahniah daripada rakan- rakan artis dan juga netizen di atas kelahiran anak lelaki kepada pelawak dan penyampai radio berkenaan yang jatuh pada tarikh keramat sambutan hari merdeka yang ke 64 pada tahun ini.

Berikut pula dikongsikan antara komen- komen yang di tinggalkan oleh para sahabat dan rakan- rakan seangkatan Issey di dalam industri hiburan menerusi ruangan komen entri tersebut.

Terasa kemeriahan daripada ucapan dan komen yang ditinggalkan oleh rakan- rakan Issey di entri Instagram tersebut. Turut dikongsikan oleh Issey adalah gambar pertama dirinya mendukung anak lelakinya itu dan juga gambar anak lelakinya yang turut di hiasi bendera Malaysia.

Bak kata Ajak Shiro, setiap tahun hari ulang tahun kelahiran anaknya itu pasti tidak akan dilupakan dan di sambut oleh seluruh rakyat Malaysia. Tahniah sekali lagi buat Issey dan isteri.

Sumber : Instagram issey fazlisham

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!