“Pegang wipe d3ttol ke tu” – Sari Yanti

Menjaga kebersihan adalah perkara perlu dilakukan walau di mana pun kita berada. Bukan sahaja untuk kebaikan pada diri sendiri, tetapi juga bagi orang lain di sekitar kita. Jagalah kebersihan hatta kita sedang gembira berkaraoke. Itu yang dilakukan deejay radio yang juga pelawak, Jep Sepahtu ini. Lihatlah aksinya yang sedang berkaraoke, siap sediakan wipe tissue lagi.

Macam tahu-tahu dengan perangai suaminya, respons isteri Jep yang juga pelakon Sari Yanti di ruangan komen hantaran ini, yang bertanya sama ada ‘benda’ dipegang Jep pengesat pembasmi kuman menarik perhatian netizen.

Mana taknya, sambil menyanyi-nyanyi, Jep siap berkali-kali mengelap wayar mikrofon dipegangnya. Gamaknya risau ‘bendasing’ melekat pada alat itu. Atau mungkin sudah habitnya, hanya dia dan Sari Yanti yang tahu…

Apa pun ramai yang perasan peel Jep itu memberikan respons. Bukan setakat wipe tissue ‘ditegur’, bab kalau betul nak jaga kebersihan, berkenaan topeng muka yang tak dipakai Jep pun jadi perhatian.

“Betul2 jaga hygiene ye”, “ Kita pon dr tadi tenung ape yg disagat2 tu ngn wipe tissue tu”. “Rasanya dh boleh wipe satu bas kalau abis satu album”, “Sampai berkilat cable tu jep kerjakan”, “Lebih kurang mcm alif sukri je suara jep ni..xpe lah layankan je best gak dgr”. Itu antara komen netizen.

Nampaknya suara Jep berkaraoke dalam bas dalam perjalanan ke Melaka itu juga menarik perhatian netizen. Walaupun dikatakan ‘sebaris’ dengan nyanyian usahawan sensasi Datuk Alif Syukri, tapi masih sedap dilayan.

Jep atau nama sebenarnya, Muhd Nadzri Zainal Abidin, 37, merupakan bekas anggota kumpulan Sepah bersama Shuib dan Mamat, pernah menjuarai Raja Lawak musim ketiga dan Maharaja Lawak 2011.

Jep juga ialah pemenang bagi sebuah rancangan improvisasi Super Spontan 2013 dan menewaskan pelawak-pelawak popular yang lain dalam usahanya memenangi Artis Lawak Lelaki Paling Popular di Anugerah Lawak Warna yang dibuat julung kalinya oleh Astro.

Jep mendirikan rumah tangga dengan Sari Yanti pada 25 Februari 2017. Mereka menyambut kelahiran bayi perempuan, Dariya Inara pada 25 April 2018 dan kelahiran bayi lelaki iaitu anak kedua, Muhammad Khidir pada 6 Jun 2020.

Apa pun soal menjaga kebersihan seperti dilakukan Jep ini memang boleh dijadikan ikutan, sampaikan nak karaoke pun masih ingat nak lapkan kabel wayar tu. Untuk kita sendiri, kita jaga kita kerana kvman C0vid-19 masih belum nyah sepenuhnya.

Sumber : IG Sinar_my

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!