“Ha ye duduk la sana sampai bila2 pun tak apa” – Netizen

Namanya kini bukan sahaja popular di negara ini, yang pastinya juga menjadi kesayangan orang di negara seberang. Apa tidaknya, berikutan sambutan hangat terhadap kemunculan dan penampilannya di Indonesia, negara itu juga umpama sudah menjadi rumah kedua buat penyanyi dangdut sensasi, Nor Ashima Ramli atau lebih dikenali dengan nama panggilan cari makannya iaitu Baby Shima.

Menjengah ke perkongsian terbaharu di Instagramnya, Shima dengan berlatarbelakangkan patung Bali ‘bergoyang gerudi’ dengan memberitahu di kapsyen hantarannya dia kini sudah pulang ke rumahnya di Indonesia.

Nampak happy betul wajah Shima. Happy ada makna ka tu??? Apa pun menariknya tak kurang di ruangan komen terutama netizen dari negara jiran yang menyambut baik perkongsiannya itu.

Selain itu, ramai pula netizen dari negara ini nampaknya memberikan komen sebaliknya. Apa pun Shima kelihatannya tetap memberikan respons cool dan bersahaja dengan komen k3caman dilemparkan padanya.

“Welcome home”, “Welcome to Indonesia, disini jauh dari hujatan /kecam/apalah itu, “Woh asik alhamdulillah”, “Bagus.. akan lebih dihargai di Indonesia”, “selamat datang yang kalau goyang disini gak ada yg protes, “jangan balik balik malaysia dah”, “dah balik rumah asal takyah balik malaysia dah”. Itu antara komen netizen.

Macam-macam nampaknya respons netizen ya… Biasalah tu, ada yang sukakan kita, begitu juga sebaliknya. Apa pun ramai yang menegur mesti sebab sayangkan Shima kan…

Baru-baru ini, nama Baby Shima menjadi k3caman netizen apabila berduet dengan usahawan sensasi Datuk Alif Syukri untuk lagu terbaharunya. Apa menimbulkan k0ntroversi apabila Shima dikatakan berani goyang gh4irah untuk klip lagu itu.

Tak seperti di negara seberang, negara kita ini majoritinya umat 1slam memang ramailah terbeliak bijik mata dengan aksi sedemikian. Lebih mengundang m4rah apabila Alif dikatakan tak sensitif langsung.

Lebih par4h apabila viral gambar Shima berpakaian ala uniform sekolah menengah bersama Alif di sekolah yang dikatakan telah meng’kuda’kan Kak Yong 7E untuk promosi lagu… aduhai…

Gamaknya Shima pun dah letih dengan kec4man-kec4man di terimanya kebelakangan ini. Itu gembira betul dapat pulang ke rumahnya di seberang. Apa pun moga Shima lebih tenang fikiran dan berkarya seni di sana.

Sumber : IG Baby Shima

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!