“Danish dgn Aleesya, mcm Norman Hakim dgn Erra Fazira masa muda” – Netizen

Ingin ku sendiri meniti hari, Kala sunyi, Yang melanda sepi, Alam bisu bagaikan mengerti, Berakhirnya sebuah memori… Ingin ku melangkah membawa diri, Kerna cinta, Yang dikhianati, Bukan tak sanggup ku menghadapi, Pengorbanan tidak dihargai, Kini aku pasrah… Haaa gitu lagu temanya.. Masih ingat filem Pasrah gandingan pasangan peneraju Norman Hakim dan Erra Fazira yang ditayangkan di pawagam kira-kira 22 tahun lalu? Mereka yang sezaman masa itu pasti tak dapat melupakan bagaimana filem itu mengundang banyak tangisan penonton.

Berambu air mata dibuatnya apabila Erra memegang watak Farah Diba yang dikecewakan Hafsham lakonan Norman, dengan memilih wanita lain, lakonan Wilma Muhammad yang berwatak ‘jahat’ sebagai pasangan hidup.

Rupanya mereka berganding bukan sahaja dalam filem itu, malah di dunia realiti apabila tetap berkawan baik hinggalah sekarang. Lihat sahaj4lah hantaran Norman di Instagram nya itu yang dilihat turut ada Erra, tak ketinggalan isterinya, Memey Suhaiza.

Entah bergurau atau benar, menurut hantaran Norman sebelum itu dia dan isteri ‘bermimpi’ Erra sebelum mengatur pertemuan tersebut. Menariknya, bukan sahaja mereka turut kelihatan anak Norman dengan bekas isteri Abby Abadi, Danish serta anak Erra, Aleesya menarik perhatian netizen.

Apa tidaknya kedua-duanya sudah memasuki alam remaja, sekali pandang dah kelihatan macam Norman dan Erra masa zaman muda-muda belia dulu pulak. Ramai netizen yang perasan hingga men1nggalkan respons di ruangan komen hantaran Norman itu.

“Dah boleh da tu, budak2 tu berlakon sama2”, “Boleh buat Pasrah 2 versi anak2 plak”, “So comel yg masa remaja tu”, “Ooo tapi sama kan… Dulu2 mak dgn ayahnya”, “Oo ni la keluarga 69 yg hangar diperkatakan tu”, itu antara komen netizen yang teruja.

Ada yang mencadangkan agar anak-anak mereka pula digandingkan dalam filem Pasrah 2. Tak kurang pula yang berjenaka dengan mengatakan dah boleh la tu mereka berbesan…. Haippp laju betul netizen ‘pergi’, anak-anak tu pun masih mentah lagi…

Untuk info, Danish atau nama sebenarnya, Mohamed Danish Hakim baharu berusia 18 tahun, manakala Engku Aleesya Engku Emran baharu memasuki umur 13 tahun, tahun ini. Muda sangat lagi kan, tapi dua-dua memang mewarisi gen keelokan ibu bapa mereka.

Erra atau nama asalnya Fazira Wan Chek, 48, dilahirkan dan dibesarkan di Rawang, Selangor. Erra memulakan kerjaya seni seawal usia 17 tahun dengan menjadi penyanyi di pertunjukan pentas dibawah bimbingan rakan ibunya, penyanyi Dayangku Intan.

Mohamed Nurhakim Zaidon atau lebih dikenali sebagai Norman Hakim, 46, merupakan seorang pelakon, berasal dari Kuantan, Pahang. Dia merupakan bekas peserta Hero Remaja 1993/94 dan terkenal dengan watak sebagai Inspektor Harris dalam Gerak Khas (sejak 2003).

Sumber: IG Norman Hakim

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!