“Muka depa nak sama, kur0s pun lebih kurang cara jalan pun sama” – Netizen

Perkahwinan adalah suatu penantian yang sentiasa dinanti-nanti oleh setiap insan. Tidak kira lelaki ataupun perempuan pasti mahukan yang terbaik dalam rumahtangga. Apatah lagi jika usia semakin hari semakin meningkat pastinya menjadi tanda tanya bilakah masanya rumahtangga mahu didirikan. Begitu juga persoalan yang sudah didengari berulang kali oleh pelakon Sharifah Amani ini.

Berkahwin pada usianya 36 tahun, dengan pasangannya, Ahmed Faris Amir, 34 tahun. Bekerja sebagai CEO di sebuah syarikat, Impact Integrated. Sekarang perkahwinannya sudah pun selesai dengan jejaka pilihannya.

Sama cantik sama padan. Malah, berseri-seri sewaktu majlis berlangsung, apatah lagi sebelum ini Amani amatlah jarang mengenakan solekan diwajahnya. Beliau sangat cantik mengenakan busana pengantin berwarna putih susu, sama dengan pasangan yang sama kacak.

Sudah lama menyepi didalam dunia seni, memuatnaik perkongsian dilaman ig pun amat jarang sekali, tetapi rahsia untuk berkahwin tidak berahsia sama sekali. Sudah bergelar isteri, tampak lebih ayu dan cantik, apatah lagi dihari raja sehari.

Jika berkaitan jodoh sudah tentu tiada siapa patut mempersoalkannya.Bilakah masanya hanya Tuhan saja yang mengetahuinya. Kini, Sharifah Amani telah bergelar isteri, perkahwinan yang berlangsung dengan penuh istiadat dan meriahnya.

Ada orang kata jodoh berpanjangan jika muka pasangan sama, bukan saja sama malah lengg0k jalannya dan bdannya yang sama krus pun sama sekali. Semoga jodoh berpanjangan bak kata hastag yang diwujudkan. Hastag mednaniuntilwhenwhen.

Banyak ucapan tahniah diberikan diruangan komen video yang dikongsikan. Selain rakan artis, peminat-peminat turut menyampaikan ucapan tahniah. Ramai yang meminati dan memuji beliau kerana tahu-tahu terus berkahwin saja.

Tidak beria ketika bercinta, bertunang, tetapi hanya menghebahkan perkahwinan saja. Ini sebaiknya. Inilah antara komen-komen peminat, yang menyukai dandanan pengantin. Lihatlah komen mereka.

Sharifah Amani terkenal dengan lakonannya sejak bertahun lamanya, beliau kurang aktif berlakon semenjak dua menjak ini tidak tahu kenapa. Mungkin mahu membina keluarga, biar banyak masa bersama.

Sumber: ig jaydeesm

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!