“Patut la baik semacam, anak sedara rupanya”- Netizen

Hubungan baik yang terjalin antara pelakon Hairul Azreen dan juga jutawan terkenal di Malaysia iaitu Tan Sri Vincent Tan telah mendapat perhatian yang agak meluas baru- baru ini. Perkongsian pelakon tersebut yang menerima pelawaan daripada usahawan itu untuk menaiki kapal persiaran mewah di Pulau Redang cukup membuatkan orang ramai merasa kagum dengan rezeki yang diperolehinya itu.

Ibarat kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu, begitulah juga boleh di gambarkan mengenai jemputan kedua yang diterima pelakon tersebut apabila beliau telah dipelawa sekali lagi untuk menaiki jet peribadi jutawan itu.

Malahan ketika sambutan tahun baru Cina yang disambut masyarakat cina baru – baru ini, keluarga kecil Hairul juga turut menerima hadiah Ang paw daripada jutawan berkenaan yang tidak lupa untuk berkongsi rezeki bersama Hairul dan anak- anaknya. Wahh bertuah sungguh bukan.

Terkini, pelakon filem Paskal itu telah berkongsi sekeping gambar bapa beliau bersama jutawan dan usahawan terkemuka berkenaan berdiri bersebelahan di antara satu sama lain. Menurut Hairul, usia bapa beliau dan jutawan tersebut tidak jauh beza. Pertemuan mereka itu berlangsung di sebuah majlis tertutup yang di anjurkan oleh jutawan berkenaan sempena pesta Chap Goh Mei.

Hairul telah menerima pelawaan daripada usahawan tersohor itu untuk menghadiri majlis sambutan Chap Goh Mei. Pesta Chap Goh Mei merupakan sambutan yang di raikan oleh masyarakat k4um cina di Malaysia sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina.

Bagaimanapun perkongsian yang dibuat oleh Hairul itu telah menarik perhatian warganet apabila melihatkan wajah bapa pelakon berkenaan yang sangat mirip dengan usahawan tersohor berkenaan.

Gambar yang dimuatnaik oleh Hairul beberapa jam yang lalu itu menerima hampir 127,283 tanda suka dan juga 1015 Komen daripada warganet.

Rata-rata para pengikut akaun Instagram pelakon berkenaan sangat terkejut melihatkan persamaan wajah bapa Hairul dan juga Tan Sri Vincent Tan. Rakan- rakan artis juga tidak ketinggalan berkongsi perasaan teruja dan terkejut dengan persamaan wajah bapa Hairul dan jutawan itu.

Pelbagai reaksi lagi di tulis oleh Netizen di ruangan komen. Ada sesetengah Netizen berkata mereka mengakui adakalanya keliru dengan gambar yang dikongsikan oleh Hairul, sama ada gambar yang dikongsikan Hairul itu memaparkan beliau bersama bapanya ataupun jutawan Tan Sri Vincent Tan.

Tidak kurang juga ada Netizen yang mengandaikan hubungan baik yang terjalin antara Hairul dan Tan Sri Vincent Tan itu adalah di sebabkan beliau sebenarnya mempunyai hubungan saudara bersama jutawan tersebut di sebabkan persamaan Wajah bapanya Dan jutawan berkenaan.

Meninjau komen netizen di ruangan komen gambar berkenaan, rata- rata berkata bapa Hairul seakan kembar kepada usahawan terkemuka tersebut.

Tidak kurang juga yang mahu Dr Noor Hisham turut sama di dalam gambar berkenaan bagi melengkapkan trio wajah yang hampir seiras. Berikut di kongsikan pula komen- komen yang di tinggalkan warganet.

Tidak dinafikan setiap manusia mempunyai 7 orang yang berwajah hampir serupa di dunia.  Berkemungkinan besar, Tan Sri Vincent Tan dan juga bapa Hairul merupakan antara individu yang mempunyai persamaan wajah tersebut.

Mesti seronok Hairul setiap kali jumpa Tan Sri Vincent Tan kerana wajah jutawan berkenaan yang hampir seiras dengan bapanya sendiri.

Sumber: ig hairulazreen

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!