“MasyaAllah saatu kpala depa ni, sweet”- Netizen

Baru sahaja sebulan menikah, pasangan ini telah dikategorikan didalam pencalonan anugerah pesona pengantin. Meskipun tidak memenangi anugerah tersebut namun mereka sangat kelihatan gembira dan mesra. Malah, sangat sweet dan seronok mata memandang. Rupanya kedua-dua ini pasangan serasi kerana sama-sama pandai melawak dan sama-sama minat dalam memberi motivasi dan misi bantuan.

Memang benar janji Allah itu pasti, hanya lambat atau cepat sahaja. Inilah penantian yang lama memberikan pasangan yang baik dan serasi bersama.

Ds Heliza memang seorang yang kelakar, namun tidak tahu pula si suami pun begitu juga. Kerana sebelum ini, nampak macam suaminya menurut sahaja apabila Ds Heliza membuat kelakar.

Rupanya, memang menjumpai pasangan yang sekepala. Mereka memang serasi kerana si suaminya juga seorang yang kelakar dan suka melawak.

Video yang dimuat naik ini mesti memberikan hiburan kepada yang menonton. Setiap yang menonton akan melihat berulang kali kerana rasa terhibur.

Masih membahasakan diri sebagai Kakja dan Abg Dee, dan masih humble membuat orang ramai dan peminat sentiasa selesa bersama mereka.

Mereka akan menjadi pasangan yang idol suatu hari nanti, meskipun sekarang mereka telah mempunyai ramai peminat dan sokongan yang tidak terhingga.

Semua peminat dan penonton yang menonton video tersebut memberikan komen mereka sangat sweet, ada juga mengatakan bahawa mereka memang kelakar dan menghiburkan. Inilah komen mereka.

Inyaallah semoga hingga ke jannah,Ds Heliza cakap tak mahu sampai akhir hayat tapi mahu sampai ke jannah.

Sumber: ig nurhelizahelmi

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!