“My school wei, how come aku baru tau kau ngan aku skolah sama” – Jaclyn Victor

Bagi ramai dalam kalangan kita, zaman persekolahan adalah saat manis yang sukar dilupakan. Tanyalah sesiapa sahaja, pasti tatkala terkenang momen pada era itu pabila menjenguk foto-foto lama akan tersenyum dengan kenangan gelagat sendiri. Pada orang lain yang melihat foto itu pula, pasti dapat melihat sebarang ‘anjakan’ atau masihkah maintain wajah seseorang itu.

Siapa tidak kenal akan model, pengacara, pelakon dan penyanyi cantik lawa kacukan Melayu-Irish ini. Che Puan Sarimah Ibrahim, 43, yang berkongsi foto semasa di bangku sekolah turut menarik perhatian netizen.

Berkongsi tiga foto, semasa di sekolah menengah dengan tanda namanya, selain itu Sarimah turut menayangkan kenangan zaman kecil bersama kedua orang tuanya.

Apa yang menancap perhatian netizen ialah grup fotonya dengan gaya berkerudung beliau yang ‘rare’ dengan tudung tidak berpin dipercayai bersama rakan-rakan sekelasnya.

Gamaknya pasti ramai orang sekarang yang tak tahu, rupanya ada jenis tudung sedemikian yang cara memakainya dengan terdapat tali yang perlu diikat pada tengkuk.

Terdapat juga netizen yang memberitahu, sesiapa yang memakai tudung berkenaan masa sekolah zaman itu ‘rasa best je’. Penulis sendiri yang tidak sezaman dengan beliau agak sukar jugak membayangkan bagaimana agaknya ‘kekdah’ pemakaiannya tu.

Dalam berkongsi kenangannya itu, penyanyi popular, Jaclyn Victor, muncul di ruangan komen memberitahu beliau juga bersekolah sama dengan Sarimah. ‘Whatttttt…’ balas Sarimah yang pastinya tak menyangka mereka bersekolah di tempat yang sama.

Menariknya tak kurang ramai rakan sekolahnya yang muncul memberikan komen akan Sarimah yang sememangnya seorang yang menonjol sejak zaman persekolahan lagi.

Ada juga gurunya yang menulis di ruangan komen mengakui akan pencapaian baik beliau di zaman sekolah. Kata orang baka kahwin campur ni memang bagus kan. Sarimah mungkin antara contohnya. Apa pun anak kepada pasangan, Ibrahim Hj Ahmad dan Elizabeth Hanlon sememangnya seorang yang versatile.

Isteri kepada Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar ini turut memberi inspirasi pada golongan memerluukan. Sarimah aktif dalam badan bukan kerajaan antaranya sebagai penaung Pertubuhan Kesedaran dan Sokongan Penyaakit Mntal (Miasa) Malaysia dan selaku Pengasas Bersama dan Duta Kempen #StandForHOPE .

Sumber : Ig Sarimah Ibrahim

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!