“Pelawak punya persembahan lagi hebat dari yg mmg penyanyi”- Netizen

Malam tadi, konsert pertama Gegarvaganza telah pun melabuhkan tirainya. 13 orang peserta yang bertanding telah menunjukkan kehebatan nyanyian mereka masing- masing sekaligus telah mengubati kerinduan para peminat terhadap penyanyi kesayangan mereka.  Konsert pertama yang berlangsung malam tadi kelihatan agak meriah dengan kehadiran para penonton namun ianya masih dalam kawalan SOP yang ketat.

Antara 13 orang peserta yang bertanding Aliff Aziz telah mendapat kedudukan paling atas apabila berjaya mendapatkan pungutan markah sebanyak 74.6 peratus berbanding peserta yang lain. Aliff mendendangkan lagu yang berjudul Sayang- Sayang yang pernah popular ketika beliau masih lagi remaja ketika itu.

Tempat pertama yang menjadi milik Aliff Aziz itu telah meletakkan penyanyi kegemaran ramai iaitu Adibah Noor jaatuh ketempat kedua dengan pungutan markah yang tidak jauh berbeza sebanyak 73 peratus. Manakala Bandi Amuk dan Nikki Palikat masing- masing di keudukan ketiga dan keempat dengan pungutan markah sebanyak 71 peratus dan 68.2 peratus.

Konsert sulung program Gegarvaganza musim kelapan itu masih lagi mengekalkan gandingan pengacara selama 8 musim berturut- turut iaitu Jihan Muse dan juga Nabil Ahmad.

Program Gegarvaganza masih lagi mengekalkan format penjurian asal di mana persembahan para peserta yang bertanding akan di adili sepenuhnya oleh barisan juri professional. Sepertimana tahun yang sebelumnya, barisan juri kali ini masih lagi mengekalkan Maestro tersohor negara ini iaitu Datuk Ramli MS.

Di samping Datuk Ramli, gegarvaganza musim ke lapan ini akan di serikan dengan kehadiran Bunda Hetty Koes Endang dan juga Datuk Syarinaz Selamat sebagai juri tetap.

Menerusi Instagram rasmi astro iaitu Astro Gempak, beberapa sedutan video dan gambar para peserta sekitar konsert malam tadi telah dikongsikan. Di antara para artis yang telah membuat persembahan, persembahan Apek dan Yasin yang paling banyak menerima komen dan juga menarik perhatian para netizen.

Meskipun Apek dan Yasin lebih dikenali sebagai pelawak berbanding penyanyi namun persembahan mereka nyata tidak mengecewakan dan menghiburkan para penonton.

Buat para peminat yang membesar dengan lagu- lagu daripada kumpulan Senario, pastinya lagu yang dipersembahkan dalam konsert malam tadi iaitu lagu Aspalela dan Cari Tapak telah mengimbau kembali zaman kegemilangan kumpulan lawak Senario.

Malahan kedudukan Apek dan Yasin di tempat ketujuh boleh dikata pencapaian yang cukup cemerlang buat para pelawak yang menjadi penyanyi kerana bersaing dengan para penyanyi.

Apek dan Yasin enggan menggunakan nama kumpulan Senario dan memilih memperkenalkan nama kumpulan mereka sebagai kumpulan SAYA di mana mewakili nama Saiful Apek dan Yasin sendiri.

Sementara itu, komen salah seorang juri terhadap kumpulan SAYA bagaimanapun mengundang sedikit rasa kurang berpuas hati dalam kalangan peminat Senario. Tidak kurang juga yang kecewa dengan komen yang diberikan oleh juri berkenaan terhadap kumpulan tersebut. Berikut dikongsikan komen-komen netizen terhadap salah seorang juri di dalam rancangan tersebut.

“Kecewa ngn juri hang pikir diorang xpandai nyanyi kaaa ? pi tengok youtube laaa .. bakat pelawak , menyanyi semua ad pada diorang” – Netizen

“juri tu tak paham kot.. minggu ni kan semua nyanyi lagu sendiri.. lagu diorang memang la lagu komedian pun.. so ssuai la dgn apa yg diorang sampaikan.. aaa gicuu..tgk mggu depan la pulak tgk diorg nyanyi lagu orang mcmana..” – Netizen

Bagaimanapun tidak kurang juga yang memuji dan kagum dengan kebolehan mereka sebagai seorang pelawak yang sangat berbakat dalam bidang nyanyian.

Persembahan mereka juga cukup menghiburkan sehingga menenggelamkan persembahan para peserta yang sememangnya berasal dari menyanyi.

Di fahamkan bakal Juara program Gegarvaganza musim kelapan ini akan membawa pulang wang tunai yang bernilai sebanyak RM100,000 serta trofi manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing akan membawa pulang RM50,000 dan RM30,000 termasuk trofi.

Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing akan menerima hadiah berupa wang tunai bernilai RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 serta trofi.

Terdahulu, program Gegarvaganza sebelum ini telahpun menobatkan barisan artis bergelar juara. Bermula daripada musim pertama iaitu Ayai Ilusi ( GV1 ), Siti Nordiana (GV2), Azharina(GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5),Naqiu & Hady Mirza (GV6) serta Cliff Umar (GV7).

Sumber: ig astro gempak

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!