“Cantik Khaleeda, sebijik mak dia”- Netizen

Kehadiran cahaya mata baru cukup bernilai buat pasangan suami isteri. Itulah saat-saat yang telah dinantikan oleh mereka selepas berkahwin. Kurniaan cahaya mata sudah tentu rezeki yang cukup bermakna daripada Allah SWT. Setiap cahaya mata yang dilahirkan sememangnya mempunyai rezeki mereka masing-masing dan cahaya mata inilah pengikat kasih pasangan suami isteri.

Seperti selebriti Fizo Omar, beliau baru sahaja dikurniakan cahaya mata perempuan selepas perkahwinannya bersama Fazeera Nazri Aziz. Kemunculan cahaya mata baru mereka menjadikan kehidupan rumah tangga pasangan ini lebih bertambah seri.

Selain Fizo dan Fazeera yang teruja dengan kehadiran cahaya mata perempuan yang diberi nama Khaleeda itu, cahaya mata sulung Fizo iaitu Maryam atau popular dengan gelaran Cik Yam turut berasa gembira dengan adik barunya.

Melihat beberapa video yang dikongsi Fizo menerusi Instagram, jelas kelihatan Cik Yam sangat menyayangi adiknya. Nampak penyayang betul Cik Yam ye..

Memang tak lepas tangan Cik Yam pegang adik dia.. Sepertinya Cik Yam bakal jadi kakak yang protective ni hehe..

Menerusi video dikongsi Aliff Syukri baru baru ini, beliau dijemput ke majlis kesyukuran puteri Fizo dan Fazeera dan sempat merakam video. Dalam video berkenaan, Aliff sempat merakam Fizo sedang mendukung anaknya Khaleeda sambil diperhatikan oleh Cik Yam dan Datin Shahida.

Video tersebut telah meraih perhatian daripada netizen dan rata-rata netizen pun memuji wajah comel Khaleeda yang sama iras seperti ibunya.

Video Aliff telah ditonton sehingga mencapai 236,000 tontonan sejak dimuatnaik Ahad. Gelagat Cik Yam dalam video berkenaan mencuri perhatian ramai selepas dilihat tidak mahu berenggang dengan adiknya.

“Amboi cik yam nampak betul sayang giler dengan adik dia, eee lawa betul anak fizo nombor 2 ni, eiii omeynya baby tu”-Netizen

Tahniah buat Fizo dan Fazeera dapat baby comel Khaleeda. Lepas ini boleh lah Maryam ada geng masak-masak hehe..

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!