“Lady boss tengah express kita jgn gnggu”- Caprice

Perempuan lazimnya memang sinonim dengan kebiasaan gemar membebel. Kadang ia tak disengajakan pun, tapi agaknya lahir dari hati wanita yang sememangnya berjiwa sensitive. Pasangan yang memahami seeloknya tadahkan saja telinga agar apa yang terbuku di dadanya dapat diluahkan. Jujurlah mengakui, biasanya bebelan golongan hawa ni bukan kosong kan? Tapi kebanyakannya ada betulnya.

Sewajarnya reaksi penyanyi dan penulis lagu, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli yang menghadapi situasi seumpamanya patut dicontohi oleh lebih ramai encik-encik suami di luar sana. Dengarkan sahaja luahan pasangan tu… insyaAllah semua akan baik-baik saja.

Agak mencuit hati juga apabila Caprice berkongsi situasi dihadapinya ketika sedang reviu berita isu jnda untuk contentnya dalam masa sama isterinya, Farra Inalis Hussni yang terdengar terus ‘tr1ggered’ untuk bercakap panjang perihal tersebut.

Tak berhenti meluahkan rasa hatinya tentang ‘perihal j4nda’, isterinya itu antaranya sempat meminta Caprice untuk membetulkan persepsi orang ramai tentang golongan tersebut yang dikatakan tidak semuanya jah4t, tetapi lelakilah yang ramai mengambil kesempatan.

Huh… sampai terkesima mendengar bebelan isterinya hingga terdiam seketika Cap dibuatnya… Tak kurang dalam kalangan netizen di ruang komen hantarannya itu memberikan reaksi dengan perkongsiannya itu yang mendapat lebih 74k views dalam masa tiga jam.

“How long was the bebel Cap”, “Sabar cap.. terus tak jadi review news.. hahaha.. next video”, “Hahaahhaa grak dlu cap pape rogerrr”, “Yess…. Mama bersuara tdiam cap nk cakap ya….”, “Better wife u yg buat content pasal ni cap..hahaha..bd4rah telinga kena bebel tu cap”, itu antara komen netizen.

Tak kurang juga netizen yang bersetuju dengan apa diperkatakan oleh Farra itu. Apa pun memang ramai yang meluahkan pengalaman berkenaan golongan janda dan meminta agar menghorm4ti mereka sama seperti orang lain dengan tidak memandang serong.

Ikutkan memang bagus isu janda yang hendak direviu oleh Caprice kali ini. Apakan daya, dalam berkecindan ramai bersetuju sebaiknya topik itu diulas sendiri oleh isterinya yang pasti lebih memahami situasi golongan itu.

November tahun lalu, tular berita pernikahan Caprice, 34, dan Farra yang mesra dipanggil Elis, 27 yang melangsungkan pernikahan secara tertutup. Difahamkan isterinya yang berasal dari Kota Bharu negeri Cik Siti Wan Kembang, merupakan seorang ibu tunggal anak satu.

Terdahulu, pernah didedahkan di laman maya yang menerusi Instagram, Elis sebelum ini pernah membuat pendedahan sudah enam tahun bergelar ibu tunggal. jika benar, padanlah dia faham akan situasi dihadapi golongan itu. Apa pun moga berbahagia selalu Caprice dan Elis dalam melayari bahtera rumah tangga yang baru.

Sumber : Ig Caprice

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!