“Pasti ke kusi tu yang kecik” – Netizen

Aktress jelita Mona Allen sememangnya terkenal bukan hanya kerana bakat yang dimilikinya, tetapi juga disebabkan oleh kejelitaan semulajadi serta susuk tubuhnya yang ramping dan tinggi lampai. Tidak hairanlah jika Mona pernah menjadi model suatu ketika dahulu. Wanita yang sudah berumur 36 tahun ini mempunyai karisma yang tersendiri. Tapi siapa menyangka bahawa aktress serta model rupawan ini sebenarnya turut mempunyai sifat yang kelakar?

Terbaru, Mona ada mengongsikan satu foto yang boleh dilihat dalam akaun Instagramnya. Mona kononnya sedang duduk diatas sebuah kerusi yang agak kecil semasa gambarnya diambil. “Kusi kecik ku,” ujar Mona dalam ruangan caption postingnya.

Foto serta caption Mona ini walaupun ringkas namun tetap berjaya menghiburkan para followers dan peminat yang beratus ribu jumlahnya. Tidak sangka ayat yang mengatakan bahawa perempuan tidak pernah salah benar-benar sesuai dengan situasi yang dihadapi oleh Mona.

Air wajah Mona yang monyok ketika sedang duduk di atas kerusi tersebut berjaya menarik perhatian ramai pihak. Sedih sahaja muka Mona disini. Mungkin sempit sangatlah ruangan tempat duduk kerusi tersebut. Dah tahu sempit, nak juga paksa duduk. Kahkahkah.

Rasa-rasanya, kerusi yang menjadi ‘mngsa’ itu merupakan kerusi budak sekolah tadika ataupun budak sekolah rendah. Masakan tidak sempit bagi Mona yang sudahlah mempunyai kaki yang panjang, ketinggian pun mencecah 167 cm.

Namun, sempat pula Pekin, iaitu suami Mona memberi komen yang cukup manis dalam posting Mona ini. “Love you,” ujar Pekin lantas dibalas oleh Mona dengan perkataan yang sama juga tahap manisnya. Aduh, skit btul tangan min digigit semut. Penuh semut dah laptop min ni, manis betul pasangan suami isteri ini.

Foto perkongsian Mona ini meraih sebanyak 15,860 sukaan dan 30 komen. Rata-rata netizen terhibur dengan sikap Mona menerusi postingnya kali ini. Ramai juga yang sengaja mengusik Mona dengan mengatakan bahawa benarkah kerusi tersebut yang kecil ataupun Mona yang terlebih besar menggunakan kerusi budak tersebut.

“Duduk pun cantik sis, Jaangan risau..muat lagi adikku, Awat berisi…hmmm saloh gini kena kurangkan makan”

Ujar sebahagian followers Mona yang sempat mnggalkan komen dalam ruangan komen perkongsian Mona tersebut.

Ada juga netizen yang cuba untuk bergurau dengan Mona tapi ayat yang digunakan oleh netizen tersebut kurang senonoh dan kedengaran seperti tidak sopan. Apabila memberi komen dalam mana-mana posting orang lain, pastikan perkataan yang digunakan adalah sopan dan tidak melebihi had batas.

Gurauan itu tidak salah namun apabila gurauan yang diberikan itu ksar, pasti tuan empunya posting akan terasa. Oleh itu, senantiasalah berhati-hati semasa mahu menulis apa yang terlintas di dalam otak. Nanti diviral, sendiri juga rasa malu.

Sumber: Instagram Mona Allen

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!