“Pandainyerr tolong ibu pump tayar”- Netizen

Tak dapat dinafikan bahawa anak kecil selalu melakukan perkara yang pelik tapi melucukan. Mereka selalu ingin melakukan perkara yang orang tua mereka lakukan, suka ikut apa yang orang dewasa buat. Kalau orang memasak, dia nak memasak juga, dan sebagainya. Pandai betul ya nak buat kerja.

Tapi, bila mereka cuba lakukan hal yang sama, sangatlah lucu jadinya, mereka yang tiru kita. Tapi yang jadinya bukan seperti yang sepatutnya, malah hal yang tidak pernah kita fikikran, yelah mereka selalu dengan imaginasi mereka sendiri.

Ada dimuat naik video anak kepada Adira Suhaimi, dua orang yang sangat comel tu nak buat kerja. Mereka berdua nak tolong pamkan tayar kereta mummy nya lah. Bagus betul lah, bertuah ada anak yang suka membantu.

Tapi, tak seperti yang seharusnya terjadi, setelah mereka mengambil pam tayar basikal untuk mengepam tayar kereta. Ngekek dibuatnya, adoi dik, salah tu menda yang korang tengah buat tu. Terbahak-bahak gelak.

Kalau macam begitulah, memang tak ke sudah tak masuk angina tu, buat masa dan tenaga je dik kalau guna pam tayar macam tu. Yang penting ada usaha dan niat nak tolong mumy buat kerja kan, tolong pam tayar t1pu-t1pu ajalah ye dik.

Kalau nak pam tayar, kenalah pergi stesen minyak dekat situ ada pam tayar, ataupun kedai kereta. Bukan guna pam tayar basikal. Untuk isi angin tayar basikal boleh lah,kalau nak isi angina tayar kereta mummy dia tu memang sampai ke sudah lah macam tu je.

Rata-rata netizen sangat terhibur dengan aksi dua beradik tu, mana taknya, comel sangat lah korang ni. Nak tolong mummy, tapi lain pulak jadinya dik oi. Takpalah, nak buat macam mana kan, kelakar sungguh dibuatnya.

Adira pun duk melayan jelah perangai anak-anak kesayangan nya tu. Mesti terbahak-bahak beliau gelak tengok dua orang anak nya yang cuba untuk membantu mengepam tayar kereta nya tu. Tak kering gusi dibuatnya.

Justeru, memang tak dapat dinafikan bahawa anak-anak kecil ni sangat comel orangnya, selalu saja ingin membantu orang tua mereka walaupun tahu diri tu masih lagi kecil dan tak kuat seperti orang dewasa. Tapi, niat tu selalu ada nak tolong bantu.

Sumber : Ig Adira.suhaimi

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!