“Sangat berbakat berlakon menyanyi serba boleh” – Netizen

Sejak berusia 5 tahun wajahnya sudah sering terpampang di kaca televisyen dengan membawakan watak terutama dalam drama-drama tempatan. Apa tidaknya hingga ke hari ini lakonannya seperti dalam drama cerita kanak-kanak, Hikayat Putera Shazlan diingati hingga ke hari ini. Tampaknya hingga kini Fimie Don atau nama sebenarnya Shafimie Saedon masih bergiat aktif dalam dunia seni lakon.

Rupa-rupanya bakat seni Fimie bukan hanya terserlah dalam lakonan, dia juga boleh menyanyi dengan baik. Lihat saj4lah perkongsian video dalam hantaran Fimie di Instagramnya ini. Bersahaja tapi sedap didengar.

Siap petik gitar lagi. Mesti ramai yang ‘tangkap leleh’ dan terkesima mendengar nyanyian Fimie yang ber’rap. Sekali pandang dan dengar memang macam dilantunkan oleh profesional bunyi nyanyiannya.

“Another SUPER talented actor.. ”, “Masya Allah tabarakallah”, “eehhh abg makin berisi laaahh,jd comellll sgt”, “MasyaAllah bagus banget suaranya”, “Wahhh”, “Seriously talented”, “Abanggggggg suka sangat lah i ,soooo proud of you”. Itu antara komen netizen.

Yang pasti seperti masa kecilnya, Fimie kini dah berusia 24 tahun makin bertambah peminatnya di bidang nyanyian pula ya. Mana tahu satu hari nanti ada rezeki dapat tawaran daripada syarikat rakaman album lagu pulak.

Ramai pula yang flash back zaman kanak-kanak Fimie dengan membandingkan rupa dan bakatnya sekarang. Kalau diperhatikan memang macam tak banyak sangat perubahan fizikal pada raut wajahnya.

Begitupun jika menjengah perkongsian di maya, rupanya Fimie sudah menapak sebagai seorang penyanyi dan memiliki single dengan dua lagu pada usia 14 tahun dan pada 15 tahun dia telah memiliki single ke-2 bertajuk “Bila Ku Di Mercu”.

Lagunya “Untuk Mama & Papa” berjaya diperdengarkan di semua corong radio-radio dan televisyen, bahkan menjadi lagu tema bagi Hari Ibu 1 Malaysia. Lebih membanggakan, lagu “Untuk Mama & Papa” telah berjaya memasuki Muzik-Muzik.

Siapa sangka, suaranya juga pernah digunakan sebagai latar lagu “Bangun Semula” nyanyian Alif AF8 yang juga hasil penggubah Edry Abdul Halim, KRU. Selain itu, Fimie juga pernah menjadi ahli kumpulan The BeeSings bersama Azzam Shah, Didi Astillah & Haqiem Rusli.

Padanlah ….Dah lama la Fimie ni mengasah bakat dalam nyanyian. Moga terus maju dalam bidang seni yang diceburi dan bakat ada padanya mana tahu berjaya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa pula.

Sumber : IG Fimie Don

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!