“Pandainya Yusuf, dia kira ikut skill dia. Handal tu” – Netizen

Bukan senang tugas mendidik anak ini. Sebagai ibu bapa pasti kita akan mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Sebab itu kita mahu mereka belajar akademik di tempat yang bagus supaya mereka lebih senang memahami apa yang dipelajari. Namun, tempat belajar itu hanya sebahagian dari perkembangan pembelajaran mereka. Kita sebagai ibu bapa juga harus turut hadir untuk mengajar mereka dan mengingatkan mereka apa yang mereka sudah belajar di sekolah mereka.

Kita sudah mengenali anak sulung pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen iaitu Yusuf Iskandar yang sangat petah berbahasa Inggeris. Baru berusia 5 tahun, kanak-kanak ini sudah pandai dalam mengira nombor. Beliau sering dilihat sebagai anak yang sangat lembut dan matang sebelum usianya.

Bukan senang sebenarnya untuk mengajak budak yang berusia 7 tahun ke bawah untuk berminat dalam mempelajari ilmu matematik. Namun, tidak bagi Yusuf yang nampaknya sangat suka bermain dalam tolak tambah nombor-nombor.

Baru-baru ini, di dalam ig Yusuf Iskandar terdapat video terbaru dimana Yusuf sangat bijak mengira nombor dengan pantas.

Dilihat di dalam video tersebut, ibunya Hanis Zalikha sedang merekod anaknya itu mengira 4 hingga 5 angka sekaligus.

Sangat memeranjatkan sekali apabila Yusuf dapat mengira nombor-nombor itu dengan mudah sekali tanpa menggunakan jari. Hanya apabila nombor-nombor itu semakin besar nilainya, baru beliau menggunakan jari mengira nombor tersebut.

Netizen sangat teruja melihat kebolehan Yusuf yang dapat mengira nombor-nombor itu dan menggelar anak itu sebagai anak yang genius. Mana tidaknya, jarang anak semuda Yusuf dapat mengira sehingga 4 5 angka. Ada juga yang teruja melihat Yusuf mengira menggunakan skill beliau sendiri.

Adalah satu anugerah jika anak itu bijak dalam akademik. Namun sebagai ibu bapa kita jangan lah terlupa untuk ajari juga ilmu akhirat. Kerana ilmu akhirat lah yang menentukan segalanya nanti ketika kita sudah tiada.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!